TERBARU!!! KKM terima sumbangan perangi COVID-19 berjumlah RM9.44 juta. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! KKM terima sumbangan perangi COVID-19 berjumlah RM9.44 juta. Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menerima sumbangan berbentuk aset dan wang tunai berjumlah RM9.44 juta bagi memerangi COVID-19.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (kiri) menerima sumbangan daripada Yayasan Nur jiwa (YNJ) berupa 2,000 set pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai RM66,000 daripada Pengerusi Yayasan Nurjiwa Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin pada Majlis Penyerahan Sumbangan COVID-19 kepada Kementerian Kesihatan hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

TERBARU!!! KKM terima sumbangan perangi COVID-19 berjumlah RM9.44 juta. Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menerima sumbangan berbentuk aset dan wang tunai berjumlah RM9.44 juta bagi memerangi COVID-19.



Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini menerima sumbangan itu daripada 14 penderma dalam majlis penyerahan di bangunan KKM, di sini hari ini.

Daripada 14 penderma itu, dua organisasi yang menyumbang wang tunai kepada Tabung COVID-19 iaitu Farm Fresh Milk Sdn Bhd dengan jumlah RM100,000 dan Dewan Perniagaan Korea Malaysia (KOCHAM) dengan RM395,358. 

Selain itu, KOCHAM juga menyumbangkan kit ujian COVID-19 bernilai RM86,892 dan sumbangan keseluruhan daripada KOCHAM adalah sebanyak RM482,250.

Antara penderma lain, Kumpulan Geely (DRB-HICOM) dengan peralatan bernilai RM5.5 juta iaitu penutup hidung dan mulut, pakaian peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan ventilator. 

Novartis Corp (M) Sdn Bhd menderma 2,000 set setiap satu bagi penutup kepala, jumpsut dan but bernilai RM1.077 juta dan 10,000 botol cecair basmi kuman bernilai RM70,000. 

Wellous Sdn Bhd & SVO Group Bhd menderma 10,000 unit PPE bernilai RM600,000, manakala Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd menyumbang 20,000 unit kit ujian COVID-19 bernilai RM593,600. 

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut menyumbang powered air respirators dan PPE bernilai RM160,000 yang akan diberikan kepada Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang. 

Baby Product Association of Malaysia (BPAM) menyumbang 25,000 pek Alcosm disinfectant wipes bernilai RM500,000, manakala Asia Spillwell Pte Ltd (Singapore) menderma 10,000 keping penutup hidung dan mulut N95 bernilai RM86,906. 

Selain itu, T7 Global Bhd menderma satu unit Nuctect FeverBlock Screening System dan 10,000 keping topeng penutup hidung dan mulut bernilai RM80,000. 

Perniagaan Seras Sdn Bhd menyumbang satu unit Gem Primer 3500 Blood Gas Analyser bernilai RM70,000, manakala Yayasan Nurjiwa menderma 2,000 set PPE bernilai RM66,000. 

China Rainbow International Investment Co Ltd dan Tellhow Ir-Tech Co Ltd juga menyumbang satu unit thermal imaging dan non-contact human temperature screening machine bernilai RM49,990, manakala Kainan Sdn Bhd menderma 400 keping penutup hidung dan mulut N95 bernilai RM8,000.

-- BERNAMA 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers