ASTAGFIRULLAH!!! Tukang pasang mozek dipenjara tujuh hari cuba bunuh diri. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
ASTAGFIRULLAH!!! Tukang pasang mozek dipenjara tujuh hari cuba bunuh diri. Seorang tukang pasang mozek dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di Ayer Keroh di sini, hari ini, atas pertuduhan cuba membunuh diri akibat berdepan dengan masalah kewangan, Ahad lalu.
Majistret Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Sim Chuan, 32, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu dan memerintahkan dia menjalani hukuman penjara mulai hari ini.
“Kalau ada masalah, hubungi talian yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) atau ahli psikologi untuk mendapatkan khidmat nasihat. Tindakan cuba membunuh diri bukan jalan terbaik,” kata Teoh.
Lelaki itu didakwa cuba membunuh diri di dalam bilik tidur di Blok B, Pangsapuri Laksamana Cheng Ho di sini, pada jam 8 malam, 26 April lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian, tertuduh bertengkar dengan abang iparnya di bilik tidur kerana tertuduh kerap meminjam wang daripada ibunya. Apabila abang iparnya keluar dari bilik, tertuduh menutup dan mengunci pintu bilik dari dalam.
Tertuduh membuka jerejak tingkap dan kemudian menulis dengan tulisan Cina di kertas yang bermaksud, “saya rasa bersalah pada ibu bapa” dan menyelitkan kertas itu di bawah celah pintu sebelum bertindak mengeluarkan sebelah kakinya di tingkap.
Setengah jam kemudian tertuduh membuka pintu bilik dan mengacu gunting di lehernya dengan ugutan mahu membunuh diri, namun dia berjaya ditenteramkan oleh ibunya dan selepas itu, polis membawa tertuduh ke Balai Polis Bandar Hilir untuk tindakan lanjut.
Tan juga didakwa menggunakan dadah jenis methamphetamine untuk diri sendiri di Pejabat Narkotik Melaka Tengah, pada 12.01 tengah malam, 27 April lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun serta pengawasan selama dua tahun.
Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan 22 Jun untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan patologi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd Yunos, manakala Tan diwakili peguam Yap Wei Ping.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.