SYABAS!!! Polis tumpas sindiket curi kenderaan didalangi 'Datuk' palsu. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
SYABAS!!! Polis tumpas sindiket curi kenderaan didalangi 'Datuk' palsu. Polis menumpaskan sindiket curi kenderaan mewah didalangi seorang lelaki menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu yang aktif menjalankan kegiatan itu di Pulau Pinang, Selangor dan Johor sejak awal tahun ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), DSP Baeyah Abdul Wahab berkata dua lelaki berusia 27 dan 30 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya Ops COVID-19 sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Plaza Tol Jawi, di sini 19 April lepas.
"Semasa ditahan kereta Toyota Vellfire yang memakai lambang jata negeri Pahang pada nombor plat itu mendakwa mahu pulang ke Kuala Lumpur kerana urusan kerja di sini dan lelaki berusia 27 tahun memandu kenderaan itu mengaku dia sebagai datuk, namun pemeriksaan mendapati gelaran itu palsu.
"Dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan polis bertindak membuat pemeriksaan lanjut ke atas mereka serta kenderaan itu sebelum menemui sepucuk pistol di bawah tempat pemandu depan dan pelbagai barangan peralatan dipercayai untuk kegiatan mencuri kenderaan mewah," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Baeyah berkata, susulan penahanan dua lelaki itu, polis menyerbu kediaman lelaki mengaku datuk itu di Tanjung Piandang, Perak dan merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk menjalankan kegiatan curi kenderaan antaranya komputer riba, alat membuat nombor casis, kompresor serta dokumen untuk jual kereta mewah.
"Rumah lelaki itu dijadikan lokasi geng itu untuk menyimpan kereta mewah yang mereka curi di Pulau Pinang, Selangor dan Johor sejak awal tahun ini. Dia juga mempunyai kepakaran untuk mencanai serta membuat semula nombor casis dan pelbagai dokumen untuk dijual termasuk insurans dan cukai jalan," katanya.
Susulan penahanan dua lelaki itu, polis merampas dua buah kereta mewah termasuk Toyota Vellfire yang digunakan mereka semasa ditahan kerana ia kenderaan curi di negeri ini dan siasatan mendapati geng itu terlibat sekurang-kurangnya tiga kes curi kenderaan mewah di Pulau Pinang.
Semua barangan yang dirampas termasuk Toyota Hilux dan Vellfire itu bernilai lebih RM200,000, katanya.
Beliau berkata mereka menjual semua kenderaan mewah itu kepada pembeli tempatan dengan harga lebih murah daripada pasaran dan polis sedang mengesan tiga lagi lelaki berusia 30-an dipercayai anggota sindiket itu.
"Lelaki berusia 30 tahun itu mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala rakannya positif dadah. Mereka kini direman bagi membantu siasatan termasuk menggunakan gelaran datuk palsu dari Pahang," katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.