MENDAPAT!!! Dua lelaki leka memancing ditahan APMM kerana ingkar PKP. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

MENDAPAT!!! Dua lelaki leka memancing ditahan APMM kerana ingkar PKP. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan dua lelaki tempatan dalam sebuah bot pada jarak kira-kira 30 batu nautika dari Pulau Ketam semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah APMM Selangor, Kepten Maritim Mohamad Rosli Kassim berkata kedua-dua lelaki berumur 33 dan 35 tahun itu ditahan dalam Ops COVID-19 LAUT kira-kira pukul 12 tengah hari ketika leka memancing.

Siasatan terhadap kedua-dua lelaki itu pula mendapati mereka bukan nelayan dan dipercayai sengaja keluar berekreasi dengan memancing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Rosli berkata pemeriksaan lanjut ke atas bot itu menemukan 60 kilogram ikan pelbagai jenis, dua peti ikan serta tiga peti menyimpan peralatan memancing dan kesemua dirampas untuk siasatan  lanjut.

Kedua-dua lelaki itu disiasat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana ingkar PKP.

Beliau berkata APMM Selangor sentiasa memantau segala aktiviti di laut dalam tempoh pelaksanaan PKP bagi mengekang penularan wabak COVID-19 demi keselamatan perairan negara.

-- BERNAMA

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers