SYABAS!!! Hampir RM20 juta dibelanja bantu petugas barisan hadapan dan masyarakat - Mercy Malaysia. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

SYABAS!!! Hampir RM20 juta dibelanja bantu petugas barisan hadapan dan masyarakat - Mercy Malaysia. Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) membelanjakan hampir RM20 juta untuk sumbangan peralatan hospital dan klinik, Peralatan Perlindungan Diri (PPE) petugas barisan hadapan serta bantuan bagi masyarakat yang terjejas susulan pandemik COVID-19.

Presidennya Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu, perbelanjaan terbesar diperuntukkan untuk PPE serta peralatan hospital kerajaan dan klinik kesihatan di seluruh negara.

"Hampir RM4.9 juta telah dibelanjakan untuk gaun pengasingan, apron, pelindung muka, penutup kasut, penutup kepala, sarung tangan dan topeng muka manakala RM7.5 juta digunakan untuk pembelian ventilator, peralatan Unit Rawatan Rapi (ICU), kotak intubasi, Ujian RT-PCR, dan termometer.

"Dana selebihnya pula digunakan bagi menampung pek makanan yang telah diagihkan kepada 20,000 keluarga di seluruh negara yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu termasuk mereka (individu) yang dipotong gaji, diberhentikan kerja, peniaga kecil dan mereka yang bergaji harian," katanya yang turut menyerahkan 10,000 PPE kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min di Putrajaya semalam.

Dr Ahmad Faizal yang juga pakar respiratori berkata pertempuran melawan COVID-19 masih belum selesai meskipun bilangan kes menunjukkan penurunan ketara.

"Sistem penjagaan kesihatan perlu berwaspada setidaknya selama 10 hingga 12 bulan lagi. Oleh itu, hospital dan klinik akan terus memerlukan PPE untuk melindungi barisan hadapan daripada kemungkinan jangkitan COVID-19," katanya.

-- BERNAMA

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers