TERBAIK!!! PKP beri peluang kepada anak-anak timba kemahiran hidup luar bilik darjah. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
TERBAIK!!! PKP beri peluang kepada anak-anak timba kemahiran hidup luar bilik darjah. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan masa dan peluang terbaik untuk ibu bapa atau penjaga mendidik anak-anak mengenai kemahiran hidup yang tidak diajar di bilik darjah.
Mempercayai ilmu tidak terhad hanya dalam ruang yang dipanggil kelas atau sekolah, suri rumah Norlida Akmar Idros, 38, berbangga dengan kemahiran membuat kek yang dimiliki anak perempuannya.
Bukan sekadar memberi galakan, bekas pengamal media yang kini menetap di Alor Setar, Kedah itu turut mempercayai anak keduanya Nur Afya Irdina Mohd Faizul,10, untuk beraksi di dapurnya sejak berumur lapan tahun.
Jelas ibu kepada empat cahaya mata itu, beliau percaya, selain pembelajaran akademik, mempunyai kemahiran lain yang boleh dijadikan survival sejak usia muda hidup adalah satu bonus.
Bagi Khuzairi Irwan, 39, beliau terpanggil untuk bersama-sama anaknya, Danial Reza, 10, mengusahakan tanah di laman belakang rumah teres dua tingkat mereka dengan menaman sayuran selepas stok sayuran di pasar mini berhampiran kediamannya sering terputus ketika pelaksanaan PKP fasa pertama.
“Saya tanam sawi, taugeh dan kangkung dan berharap tak perlu lagi beli sayuran itu. Tak lama lagi, akan dapat hasil cendawan. Sangat berbaloi terutama ketika ini kita dilarang keluar ke tempat sesak seperti pasar,” katanya.
Ceritanya lagi, memandangkan mereka berdua ‘anak bandar’ yang langsung tiada ilmu pertanian, Khuzairi, mereka mencuba pelbagai teknik manakala peralatan serta benih dibeli secara dalam talian.
Bagi Afiyah Affan, 35, beliau menjadikan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) sebagai platform ‘eskapisme’ bagi anak-anaknya yang selama ini banyak menumpukan pembelajaran hanya dalam kelas.
Sepanjang PKP ini, beliau membiarkan kedua-dua anak lelakinya Azirul Haqim dan Amirul Haziq yang berusia 15 dan 12 tahun bergelumang dengan minyak hitam serta peralatan membaiki kereta dan motosikal.
“Kebetulan adik bongsu saya tinggal bersama kami bekerja di sebuah pusat servis kenderaan. Memandangkan bengkel itu ditutup sepanjang PKP, dia kini mencari wang saku dengan membaiki motosikal kawan-kawannya yang bekerja sebagai penghantar makanan.
“Daripada situ, saya nampak kedua-dua anak lelaki saya sangat berminat dengan bidang automatif. Jadi saya biarkan mereka sama-sama membaiki motosikal bersama adik saya. Biarlah berminyak, berhitam tangan. Apa yang penting, mereka tak rasa tertekan kerana PKP, malah mendapat ilmu yang boleh digunakan pada masa depan,” katanya yang menetap di Puchong.
Melihat senario ini, pakar isu sosial Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran percaya malah tidak terkejut seandainya pelajar tidak kira di mana-mana peringkat institusi pengajian akan menjadi generasi yang luar biasa sebaik tamat tempoh PKP ini.
Jelasnya, pelajar ini akan menjadi generasi proaktif malah jika berlaku sebarang ‘kecemasan’ seperti apa yang sedang berlaku kini di masa akan datang, mereka mampu melakukan pelbagai perkara untuk kelangsungan hidup.
Mohammad Shatar yang juga merupakan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), berkata tempoh ‘ketidakhadiran ke sekolah’ kerana PKP juga akan mengubah cara pemikiran pelajar yang sebelum ini semuanya perlu ‘disuap’ oleh guru atau ibu bapa.
“Secara umumnya, masyarakat Malaysia adalah satu masyarakat yang bernasib baik kerana majoritinya sejak lahir memang tidak tahu mengenai apa itu erti kesusahan.
“Tiba-tiba COVID-19 dan PKP datang. Jadi perkara ini dirasakan sangat susah kerana sepanjang umur hidup mereka tidak pernah didedahkan dengan kesusahan, terutama yang tiada asas ilmu kelangsungan hidup. Jadi PKP ini akan didik mereka untuk survive,” katanya.
-- BERNAMA
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.