ALHAMDULILLAH!!! COVID-19: Tiga negeri termasuk dua Zon Merah, catat tiada kes aktif - CPRC KKM. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

ALHAMDULILLAH!!! COVID-19: Tiga negeri termasuk dua Zon Merah, catat tiada kes aktif - CPRC KKM. Tiga negeri termasuk dua daerah Zon Merah COVID-19 iaitu Kota Bharu, Kelantan dan Hilir Perak, Perak menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencatatkan sifar atau tiada kes aktif, setakat 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini, tiga negeri itu ialah Perlis, Kedah dan Kelantan. 

Sementara itu, 15 daerah Zon Merah pula mencatat bacaan jumlah kes aktif antara 1 hingga 40 membabitkan lima di Selangor; tiga di Johor dan Sabah, dua di Pahang serta satu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.

Di Selangor, membabitkan daerah Gombak (14), Klang (15), Sepang (tiga), Petaling (37) dan Hulu Selangor (satu); Batu Pahat (12), Kulai (22), dan Muar (25) di Johor; Cheras, Kuala Lumpur (27); Putrajaya (27); Rembau, Negeri Sembilan (satu); Jasin, Melaka (15); Jeratut, Pahang (18) dan Kinta, Perak (satu).

Daerah Zon Merah dengan kes aktif lebih 40 pula ialah Hulu Langat, Selangor (66); di Kuala Lumpur ialah Kepong (94), Lembah Pantai (293) dan Titiwangsa (62); Melaka Tengah, Melaka (48); Seremban, Negeri Sembilan (57); Kuching (165) dan Kota Samarahan (64), Sarawak.

Jumlah keseluruhan Zon Merah kekal 30 daerah seluruh negara.

Zon Merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, Zon Kuning (1- 40 kes) dan Zon Hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 paling tinggi iaitu 1,404 kes.

Berikut adalah senarai penuh lokasi Zon Merah dengan bilangan kes aktif  seluruh Malaysia:

Negeri/DaerahKesKes Aktif
   
Perak  
Hilir Perak650
Kinta             951
   
Selangor  
Petaling37637
Hulu Langat47766
Gombak15114
Klang    17515
Sepang713
Hulu Selangor501
   
Kuala Lumpur  
Cheras10127
Kepong20094
Lembah Pantai762293
Titiwangsa15962
   
Negeri Sembilan  
Rembau541
Seremban33357
   
Melaka  
Jasin2915
Melaka Tengah 9248
   
Pahang  
Jerantut8618
Kuantan13137
   
Johor  
Batu Pahat5312
Kluang22284
Johor Bharu16748
Kulai4522
Muar5225
   
Sarawak  
Kuching307165
Kota Samarahan9064
   
Sabah  
Kota Kinabalu4917
Lahad Datu438
Tawau8118
   
JUMLAH 4,5161,252

-- BERNAMA

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers