PRIHATIN! 398 majikan di Johor mohon pemberhentian, potongan gaji pekerja sepanjang PKP. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
PRIHATIN! 398 majikan di Johor mohon pemberhentian, potongan gaji pekerja sepanjang PKP. Seramai 398 majikan di Johor telah membuat permohonan pemberhentian atau pengurangan gaji melibatkan seramai 15,597 pekerja sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan, berkata ia merangkumi pemberhentian tetap melibatkan 1,443 orang, pemberhentian sukarela seramai 180 orang, pemberhentian sementara seramai 2,864 orang manakala 11,110 orang menerima pengurangan gaji.
Menerusi satu kenyataan di sini, hari ini, beliau berkata bagi memastikan majikan mematuhi peraturan semasa PKP, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor telah mewujudkan Skuad Khidmat Cepat (SKC) dalam pengendalian aduan secara bersama dengan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja (JKKP).
Antara langkah-langkah yang diambil termasuk menghubungi majikan yang diadu bagi memberi nasihat untuk mematuhi Akta 342 Pencegahan dan Pengawal Penyakit selaras dengan soalan lazim (FAQ) Kementerian Sumber Manusia yang diedarkan kepada orang ramai pada 19 Mac 2020.
“Sekiranya majikan masih gagal mematuhi arahan itu, Pasukan Petugas Khas (PPK) hendaklah memanggil majikan untuk hadir ke pejabat bagi tujuan pematuhan arahan yang dikuat kuasa dan sekiranya majikan masih ingkar arahan, PPK dikehendaki membuat lawatan ke atas premis majikan dan jika perlu boleh melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasakan Akta 342,” kata beliau.
Vidyananthan berkata selaras dengan Seksyen 63 Akta Kerja 1955, pihak majikan diwajibkan untuk mengemukakan sebarang penyata perihal pekerja sama ada pengambilan atau pemberhentian pekerja melalui borang yang disediakan.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.