SCAMMER!!! Jual penutup mulut dan hidung tak wujud: Nelayan dipenjara, jurusolek didenda. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

SCAMMER!!! Jual penutup mulut dan hidung tak wujud: Nelayan dipenjara, jurusolek didenda. Seorang nelayan hari ini dipenjara enam minggu manakala jurusolek didenda RM1,000 atau penjara empat minggu oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana gagal memberi penjelasan berhubung kemasukan wang ke dalam akaun bank mereka berkaitan penjualan penutup mulut dan hidung.

SCAMMER!!! Jual penutup mulut dan hidung tak wujud: Nelayan dipenjara, jurusolek didenda. Seorang nelayan hari ini dipenjara enam minggu manakala jurusolek didenda RM1,000 atau penjara empat minggu oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana gagal memberi penjelasan berhubung kemasukan wang ke dalam akaun bank mereka berkaitan penjualan penutup mulut dan hidung.


Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap nelayan Musli Buntar @ Ali, 41, dan jurusolek, Wong Kar Man, 25, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan serta memerintahkan Musli dipenjara dari tarikh tangkap bermula semalam.

Bapa sembilan anak itu didakwa gagal memberikan penjelasan bagaimana dia memiliki wang  RM1,300 yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik syarikatnya di Avantas Residence, Jalan Klang Lama, Brickfields di sini, pukul 6.06 petang, 13 Feb lepas, mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, seorang eksekutif wanita selaku pengadu, telah berminat untuk membeli penutup mulut dan hidung dalam laman sosial Facebook dan bersetuju untuk membeli dua katon penutup itu dengan harga RM1,300 dan memindahkan wang secara dalam talian ke akaun syarikat tertuduh tetapi pengadu sehingga kini tidak menerima barangan seperti yang dijanji untuk diserahkan kepadanya pada 17 Feb lepas. 

Wong pula didakwa gagal memberikan penjelasan bagaimana wang RM9,471 dimasukkan ke dalam akaun miliknya di Wangsa Melawati pada 18 Mac lepas dan mengikut fakta kes, pengadu yang juga seorang doktor telah menempah 280 kotak penutup mulut dan hidung selepas melihat iklan dalam aplikasi Mudah.My dan telah membayar RM9,471 ke dalam akaun milik tertuduh menerusi dalam talian secara berperingkat.

Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif memohon hukuman setimpal terhadap kedua-dua tertuduh bagi memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Peguam R.Mageswaran dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan akaun kedua-dua anak guamnya telah disalahgunakan.

"Tertuduh (Wong) ada mengenali seseorang dalam laman sosial Facebook dan dia mahu membuat permohonan pinjaman peribadi dan bagi memudahkan urusan itu individu terbabit meminta anak guam saya menyerahkan kad bank untuk urusan berkenaan dalam satu pertemuan. Tertuduh kemudian menyedari akaunnya telah disalahguna," kata peguam itu.

Di mahkamah sama, seorang guru tuisyen sambilan, A. Vijayeswaran, 48, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memindahkan wang RM750 kepunyaan seorang eksekutif bank Nur Faezah Bachok, 33, dengan memasukkan wang itu ke dalam akaun milik tertuduh berhubung pembelian penutup mulut dan hidung.

Kesalahan dilakukan di sebuah bank di Jalan Sultan Ismail, Dang Wangi di sini,  pada 10.50 pagi  13 Mac lepas, mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga didakwa gagal memberi penjelasan bagaimana wang berjumlah RM300 dimasukkan ke dalam akaun Maybank miliknya di Pejabat Labuan, Financial Services Authority, Mercu UEM, Jalan Sentral di Brickfields di sini, pukul 9.57 pagi, 11 Mac lepas, mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan dua penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai serta menetapkan 29 Jun untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers