BONGOK!!! Lelaki dipenjara 10 minggu ceroboh restoran untuk buang air kecil. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
BONGOK!!! Lelaki dipenjara 10 minggu ceroboh restoran untuk buang air kecil. Seorang lelaki yang menceroboh sebuah restoran dengan alasan untuk membuang air kecil serta melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini dipenjara 10 minggu oleh Mahkamah Majistret di sini.
Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Suhaimil Wan Sulaiman, 32, selepas dia mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa terhadapnya.
Bagi kesalahan menceroboh dan melanggar PKP, mahkamah mengenakan hukuman penjara 10 minggu untuk setiap kesalahan dan memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 27 April lepas.
Wan Suhaimil didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan restoran di Kampung Baru, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Dang Wangi di sini yang digunakan sebagai tempat simpanan harta benda pada 11.10 malam, 27 April lepas mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum enam bulan, atau kedua-duanya.
Tertuduh juga bergerak dari Jalan Khatib Koyan Kampung Baru ke restoran itu pada pukul 11.20 malam tarikh sama mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh, namun peguam R. Mageswaran daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu hukuman ringan kerana anak guamnya hanya bekerja sendiri dan perlu menanggung seorang abang.
"Tertuduh tiada niat untuk menceroboh dan dia masuk ke dalam kawasan restoran berkenaan kerana ingin membuang air kecil. Anak guam juga memohon supaya hukuman terhadapnya berjalan serentak," kata peguam itu.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditangkap ketika dilihat masuk melalui pintu pagar hadapan ke kawasan restoran di dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan mendapati tiada barang hilang di restoran terbabit.
Sementara itu, seramai 52 individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke tiga Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan ingkar PKP dengan berhimpun untuk bermain judi dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain, dengan pelbagai alasan termasuk mahu membeli rokok dan keperluan makanan.
Seramai 45 tertuduh termasuk wanita itu didenda RM800 atau tiga minggu penjara jika gagal membayar denda, selepas mereka mengaku bersalah melanggar PKP, manakala tujuh lelaki dipenjara antara 10 hari dan sebulan bermula dari tarikh tangkap antara 19 dan 29 April, atas tuduhan sama.
Kesemua mereka termasuk warganegara India, Myanmar dan Bangladesh berumur lingkungan 16 tahun dan 64 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar Jalan Bukit Bintang, Dang Wangi, Cheras dan Setapak, pada pukul 8.00 malam hingga 11.00 malam, antara 19 April dan 29 April.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Hajar Hamzah dan Najihah Farhana Che Awang.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.