TERBARU!!! KKMM komited bantu bangunkan industri kandungan kreatif digital. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! KKMM komited bantu bangunkan industri kandungan kreatif digital. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) terus komited untuk membangunkan industri kandungan kreatif digital dan memastikan syarikat dapat meneruskan perniagaan mereka dan pulih dengan cepat apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.



Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata KKMM bersedia untuk memberi sokongan yang khusus kepada sektor kreatif di bawah pengawasannya, terutamanya mereka yang terjejas oleh PKP.

“Sebagai langkah segera, syarikat kandungan kreatif digital boleh mempertimbangkan dua program yang sedang dijalankan yang dapat memberi sedikit kelegaan, iaitu program Digital Content Grant (DCG) dan Digital Content Creators Challenge (DC3),” katanya.

Menurut kenyataan daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Saifuddin berkata demikian semasa webinar baru-baru ini anjuran MDEC, yang menyaksikan lebih 100 peserta, termasuk peneraju daripada sektor animasi dan permainan video menyuarakan kebimbangan semasa mereka.

MDEC berkata DCG direka untuk menyokong syarikat kandungan kreatif digital tempatan dalam menghasilkan dan mengkomersialkan idea mereka untuk mewujudkan ekosistem kandungan digital mampan bagi pewujudan pekerjaan dan pengembangan pasaran, meningkatkan pembangunan tenaga kerja, dan menjana harta intelek milik Malaysia.

Katanya DC3 merupakan platform yang membolehkan kreatif tempatan meningkatkan kreativiti mereka dan membangunkan konsep baharu untuk mempercepatkan pembangunan dan pengkomersialan idea ini kepada kandungan digital bertaraf dunia.

Naib Presiden Kandungan Kreatif Digital MDEC Hasnul Hadi Samsudin berkata industri animasi dan permainan perlu menilai semula model perniagaan semasa, menyesuaikan kepada norma baharu dan menambah baik secara menyeluruh ekosistem kandungan kreatif digital selepas PKP.

“Oleh itu, MDEC merancang untuk melaksanakan dan menggalakkan kerjasama silang antara industri bukan berkaitan yang akan menerapkan landasan pertumbuhan baharu, berikutan terdapat banyak peluang yang akan datang dalam permainan digital baharu, bidang kandungan dan platform pengedaran digital,” katanya.

Perbincangan itu menekankan bahawa walaupun kebanyakan studio menguruskan kos buat masa ini, banyak tempoh masa projek dan perancangan sumber tenaga kerja telah disemak semula untuk memastikan terdapat kapasiti yang sesuai untuk menangani cabaran baharu.

MDEC berkata walaupun isu-isu segera seperti menyusun semula aliran kerja untuk mengelak perancangan pengeluaran daripada menerima impak dengan ketara yang ternyata lebih mudah untuk diatasi, adalah lebih penting untuk menguruskan semangat berpasukan, aliran tunai syarikat dan sumber untuk perancangan perniagaan baharu.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers