Fara Fauzana Atasi Tidur Tak Cukup Dengan Power Nap?
KL, 27 MAC 2015: Memilih dunia hiburan khususnya pengacaraan bukan sekadar glamor sahaja tetapi ia memerlukan minda dan kesihatan badan yang baik. Jadi rehat dan pemakanan sempurna perlu dititikberatkan bagi memantapkan lagi prestasi diri.
Menurut Fara Fauzana atau nama sebenarnya, Fara Fauzana Mohd Fadzil, 35, kerjayanya sebagai penyampai program AM Krew di stesen radio Hot FM bermula seawal jam 6.00 pagi dan dia harus bangun pada jam 4 sebelum meneruskan hari yang berakhir pada jam 12 malam.
Tetapi bagi Fara Fauzana, dia mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi masalah tidur dan jadualnya yang padat tersebut. Sekadar perkongsian buat peminat, power nap bukanlah penyelesaian terbaik namun ia membantu mereka yang mungkin memiliki jadual waktu kerja yang padat seperti personaliti popular ini.
“Saya sangat percaya kepada ‘power nap’. Saya hanya perlukan setengah jam sahaja untuk melelapkan mata terutamanya semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat.
“Apabila memasuki kereta, saya akan bertanyakan kepada pemandu saya tentang jarak perjalanan serta ada kesesakan jalan raya atau tidak. Kesempatan ini akan saya gunakan untuk ‘power nap’. Dapat tidur setengah jam pun dah memadai untuk buat saya rasa segar semula,” akuinya.
Selain itu, untuk memastikan tubuhnya segar dan bertenaga, Fara juga mulai menitik beratkan soal pemakanan. Fara mengamalkan pengambilan multivitamin Pharmaton yang mana kini dia adalah salah seorang dutanya, diakui banyak membantu dia menjalani aktiviti hariannya yang padat.
“Pemakanan yang betul dan tidur yang cukup juga merupakan langkah awal saya dalam mempersiapkan diri untuk mendaki Gunung Kinabalu dalam bulan April nanti,” kata Fara.
Fara ditemu bual selepas pengumuman perlantikannya sebagai Personaliti Pharmaton bersama Chef Sherson Lian di Talent Lounge, PJ Trade Centre, Damansara Perdana, Selangor, baru-baru ini.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.