Sistar Bergambar Bersama Tunku Aminah, Puteri Johor

Sistar Bergambar Bersama Tunku Aminah, Puteri Johor


JOHOR BAHRU, 30 MAC 2015: Ahad lalu telah menyaksikan kemeriahan hebat berlaku di Danga Bay, Johor Bahru apabila persembahan sempena upacara Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diadakan.

Antara bintang antarabangsa ternama yang hadir adalah bintang K-Pop iaitu Sistar selain rakan seangkatan mereka iaitu kumpulan T-ara.

Menariknya menerusi laman Twitter rasmi Sistar pada Sabtu lalu, kumpulan yang dianggotai empat orang gadis ini telah memuatnaik sebuah foto kenangan mereka bersama satu-satunya puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.

Sistar Bergambar Bersama Tunku Aminah, Puteri Johor


Foto ini diambil sewaktu mereka berkesempatan dibawa bertemu dengan kerabat-kerabat Diraja berkenaan.

Salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Dason turut menulis yang mereka teruja bertemu dengan Puteri Aminah dan berterima kasih di atas layanan mesra yang diberikan kerabat diraja Johor kepada mereka.

"Pertemuan kami bersama Yang Teramat Mulia Tunku Aminah. Pertemuan yang singkat tetapi beliau adalah seorang yang mesra.

“Kami juga gembira kerana telah dihidangkan dengan makanan-makanan yang sedap. Terima kasih kerana mengundang kami dan semoga kita boleh berjumpa di Korea nanti” kata Dason mewakili Hyolyn, Bora dan Soyou.

Menerusi foto yang dimuatnaik itu, Tunku Aminah yang merupakan anak kedua Sultan Ibrahim serta satu-satunya puteri dari 6 beradik telah bergambar dengan diapit oleh 4 anggota Sistar.

Sistar adalah salah satu kumpulan berjaya di Korea. Dikenali dengan imej seksi dan menggoda, mereka berempat popular menerusi lagu-lagu seperti Give It To Me dan Touch.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers