Ebby Yus Kurang Berlakon Drama Kerana Faktor Usia

Ebby Yus Kurang Berlakon Drama Kerana Faktor Usia


Kredit Gambar: Munira Abdul Ghani

KUALA LUMPUR, 27 MAC 2015: Pelakon otai, Ebby Yus, 50, menjelaskan yang dia kini kurang menjayakan tawaran untuk berlakon drama kerana faktor usia. Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid lebih tertumpu kepada tawaran untuk menjayakan program berbentuk komedi dan memberi fokus kepada bisnesnya.

"Kini saya agak jarang menjayakan tawaran untuk berlakon drama. Mungkin kerana faktor usia saya yang memasuki umur 50-an. Saya memberi fokus kepada perniagaan restoran yang saya jalankan bersama rakan kongsi," ujar Ebby.

Ebby Yus Kurang Berlakon Drama Kerana Faktor Usia


Giat mengusahakan restoran makanan cina muslim Adam Lai yang kini mempunyai tiga cawangan, adakah Ebby mempunyai hasrat untuk meninggalkan bidang seni?

"Tidak. Saya hanyalah jarang menjayakan penggambaran drama sahaja. Saya lebih tertumpu untuk menjayakan program berbentuk komedi. Kini saya sedang giat menjalani penggambaran bagi program Edisi Khas untuk TV3 dan Kelakarama untuk TV9," kata Ebby yang ditemui di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di Universiti Putra Malaysia baru-baru ini.

Mengulas mengenai pembabitannya dalam Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia, Ebby mendedahkan yang dia sememangnya sudah lama bergiat aktif dalam seni silat ini.

"Saya memang aktif dari dulu lagi. Seni silat ini membantu saya untuk menjadi lebih berdisiplin dan menghormati orang lain. Selain membantu dalam adegan pertarungan, seni silat ini juga dapat menjadi perisai untuk mempertahankan diri," kata Ebby mengakhiri perbualan.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers