Showcase 6ixth Sense - Sense of Love Meriah!

Showcase 6ixth Sense - Sense of Love Meriah!



KUALA LUMPUR, 30 MAC 2015: Selepas sepuluh tahun membina nama dalam industri muzik Malaysia, kumpulan muzik 6ixth Sense mengadakan showcase pertama mereka di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur yang berlangsung dengan meriah malam lalu.

Selain mengubati kerinduan peminat-peminat 6ixth Sense yang mahu menonton kumpulan kegemaran mereka membuat persembahan secara live, showcase yang diberi nama Sense of Love itu juga diadakan bersempena dengan kelahiran album terbaru mereka yang juga berjudul Sense of Love.

Sebelum penonton yang hadir berhibur dengan persembahan 6ixth Sense, showase tersebut dimulakan dengan persembahan oleh dua band yang menjadi anak didik mereka, Sakura Band dan Cherpen Band.

Showcase 6ixth Sense - Sense of Love Meriah!


Selesai kedua-dua band tersebut membuat persembahan, masa yang dinantikan telah tiba. Kumpulan yang dianggotai oleh Adi, Atan, Gjie, Ayoy dan Wan itu mula mengambil tempat di pentas utama. Mereka membuka gelanggang dengan mempersembahkan lagu hit mereka yang berjudul Cinta Matiku.

Seterusnya, mereka menyampaikan lagu Semanis Cinta yang menjadi OST bagi filem lakonan Nur Fazura dan Shaheizy Sam, Manisnya Cinta di Cappadocia. Selepas itu, mereka membawa penonton untuk mengimbas perjalanan mereka semasa mula-mula menjejakkan kaki ke dalam arena muzik tempatan dengan mempersembahkan single pertama mereka, Hari Ini dan Semalam.

Selesai lagu tersebut, mereka menjemput seorang peminat bertuah untuk sama-sama menyanyikan lagu popular mereka, Tanpa. 6ixth Sense juga turut menyampaikan seleksi lagu-lagu popular mereka seperti Menyesal, Sebuah Maksud, Dari Hati, Tak Bisa Memilihmu, Penerang Hati, Yang Sempurnakan Aku, Khatimah Cinta dan banyak lagi.

Untuk menutup persembahan bertenaga 6ixth Senae dalam showcase Sense of Love, mereka mempersembahkan single terbaru mereka yang kini sedang hangat diputarkan di stesen radio tempatan, 7 Kali Malam Minggu.

Selain dibanjiri dengan kehadiran 500 orang peminat, showcase mereka juga turut diserikan dengan kehadiran rakan artis seperti Encik Mimpi, Dayana Roza dan Azmil Mentor Legend.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers