Gala Sempena F1 Tampilkan The Jackson & George Kotsiopoulos

Gala Sempena F1 Tampilkan The Jackson & George Kotsiopoulos


KL, 28 MAC 2015: Sempena dengan penganjuran perlumbaan Grad Prix F1 pada hujung minggu ini, sepertimana setiap tahun acara malam gala yang sering diadakan adalah sebagai pembuka tirai dan acara menyambut kedatangan delegasi yang bakal terlibat dalam perlumbaan termahal di dunia ini.

Bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, Petronas Malaysia Grand Prix Gala 2015 ini telah menyaksikan kehadiran para selebriti, orang kenamaan dan juga pelumba-pelumba handalan dunia memenuhi acara makan malam santai dengan pertunjukkan fesyen daripada Cameron Silver.

Sementara itu di permaidani merah menyambut ketibaan para jemputan, dua personaliti popular bertaraf antarabangsa yang mana salah seorangnya aktres jelita Fazura digandingkan dengan bekas pengacara Fashion Police, George Kotsiopoulos menyerikan majlis.

Gala Sempena F1 Tampilkan The Jackson & George Kotsiopoulos


Usai melapikkan perut dengan hidangan makan malam, jemputan beralih ke Dewan Plenary untuk dihiburkan dengan lagenda yang sememangnya dinantikan ramai, The Jackson. Kumpulan yang diterbangkan khas dari Amerika Syarikat tersebut nyata masih berbisa menghiburkan penonton selama lebih kurang 1 jam 30 minit.

The Jackson yang dahulunya dikenali dengan Jackson Five nyata membuatkan para penonton bangun dan sama-sama berdansa dengan lagu berentak rancak, trademark kumpulan ini.

Terdiri daripada Jermaine, Jackie, Marlon dan Tito, mereka menghiburkan penonton dengan seleksi lagu mereka yang cukup terkenal diseluruh dunia sebelum Jermaine menukarkan suasana  apabila mendendangkan lagu Gone Too Soon yang dahulunya dipopularkan oleh Micheal.

Hit yang diterbitkan pada 1993 itu menjadi segmen tribute buat mengingati Raja Pop dunia itu yang meninggal dunia pada tahun 2009 disamping paparan montaj menampilakan lagenda muzik tersebut.

Dalam pada itu, majlis malam gala ini bukan sekadar acara sambutan penganjuran F1, ia juga merupakan acara amal mengutip dana oleh badan amal Bidara dari Kedah yang mengadakan lelongan bagi mengutip derma bagi tabung mereka.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers