Zed Zaidi Ajak Artis Wanita Sertai Silat Gayong

Zed Zaidi Ajak Artis Wanita Sertai Silat Gayong


Kredit Gambar: Munira Abdul Ghani

KUALA LUMPUR, 27 MAC 2015: Pelakon dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi menyeru agar golongan artis terutamanya selebriti wanita untuk menyertai dan bergiat aktif dalam aktiviti seni bela diri seperti silat.

Zed yang ditemui di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia menyertai majlis himpunan itu mewakili Persatuan Seniman.

"Seni silat ini banyak faedahnya. Selain untuk mempertahankan diri, seni silat ini juga membantu untuk pelakon melakonkan babak pertarungan agar ianya nampak realistik.

Zed Zaidi Ajak Artis Wanita Sertai Silat Gayong


Jika ada asas dalam silat, para pelakon akan menunjukkan buah dan gerakan yang betul. Tak mahulah setiap babak yang dilakonkan hanyalah sekadar hentam keromo, sekurang-kurangnya haruslah mempunyai asas," kata Zed.

Melihatkan gejala sosial sekarang yang semakin berleluasa, ada pentingnya jika para selebriti wanita menguasai silat untuk mempertahankan diri.

"Pentingnya silat bukanlah hanya sekadar dalam lakonan. Situasi gejala sosial kini semakin meningkatkan jenayah dan penting bagi artis wanita untuk tahu asas silat sebagai salah satu cara untuk mempertahankan diri mereka," ujar Zed lagi.

Dalam pada itu, Zed turut bercerita mengenai penglibatannya dalam Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

"Saya mempunyai asas dalam silat gayong. Ini adalah kerana saya menyertai pertubuhan ini semenjak di bangku sekolah lagi, tetapi saya tidak mewar-warkan sahaja. Selain untuk pertahanan diri, silat juga membentuk individu berdisiplin," kata Zed mengakhiri perbualan.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers