Datuk Aziz Singah Hidap Kanser Prostat, Dapat Perhatian YA1M
KL, 26 MAC 2015: Pelakon veteran, Datuk Aziz Singah kini sedang menjalani rawatan bagi melawan kanser prostat yang menyerang aktor ini di Hospital Selayang. Menurut laporan juga, baru-baru ini aktor ini disahkan berada dalam keadaan stabil selain menerima lawatan daripada Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M).
Laporan Harian Metro yang memetik temubual bersama Datin Zunita Mohamed, isteri kepada pelakon ini, suaminya itu harus menunggu dan ditahan di wad sehingga tarikh pembedahan seterusnya pada 1 April depan.
“Alhamdulillah, Datuk berada dalam keadaan stabil ketika ini. Sebelum ini berlaku pendarahan juga dan itu membimbangkan.
“Sebenarnya sudah 12 hari Datuk ditahan di wad dan keadaan dia beransur okey sementara menunggu rawatan besar 1 April depan,” katanya.
Kelmarin, Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) berkenan menerusi Presidennya, Datuk DJ Dave datang menziarahi pelakon itu dan bukan itu sahaja, dia turut menyerahkan sumbangan khas sebanyak RM2,000 kepada pihak Datuk Aziz Singah.
Pelakon yang popular dengan drama bersiri PJ Holding dan Si Capik itu dijadualkan menjalani rawatan kanser pada 1 April depan.
Tambah isterinya, pihaknya juga tidak bersedia untuk berkongsi status sebenar kanser suaminya atas permintaan doktor.
“Minta maaf saya tidak dapat berkongsi sebab doktor tidak dedahkan peringkat sebenar kanser yang dialaminya.
“Dia akan terus ditahan di sini sampai 1 April dan mungkin selepas itu kena tunggu dua atau tiga hari lagi untuk pemantauan.
“Insya-Allah kalau tak ada apa-apa masalah, Datuk dibenarkan keluar selepas itu,” katanya.
Untuk rekod, Datuk Aziz Singah juga adalah Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bermula pada tahun 1999.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.