Lana Nodin Tertarik Sikap David Bebas Alkohol Dan Rokok

Lana Nodin Tertarik Sikap David Bebas Alkohol Dan Rokok


KUALA LUMPUR, 26 MAC 2015: Pelakon Lana Nodin, 35, akui dia terpegun dan tertarik dengan bakal suaminya David@Daud yang tidak merokok dan bebas alkohol.

Sifat dan keperibadian David itu adalah berpunca dari dirinya yang seorang atlit sukan di mana dia perlu menjaga stamina untuk beraksi di gelanggang bola tampar.

Pengambilan rokok dan alkohol secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan serta kondisi badan ke tahap yang lemah.

Lana Nodin Tertarik Sikap David Bebas Alkohol Dan Rokok


“Pada mulanya saya juga agak pelik, almaklumlah ada ke mat salleh yang tak merokok dan minum alkohol? Pendirian David untuk tidak mengambil kedua-dua medium sosial itu buat saya tertarik.

“Kami berkenalan pada 26 Oktober tahun lalu di satu majlis di Singapura, dari situ hubungan kami berkembang dan David amat serius dengan hubungan ini sehingga dia melamar saya di New York pada 3 Januari lalu,” ujar Lana kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, Lana juga bersyukur kerana dalam diam David juga telah mempelajari agama islam semasa dia bertugas di Dubai selama 7 tahun dahulu.

“Saya cakap dengan dia, kalau nak bernikah dengan saya, wajib ‘convert’ ke agama Islam, rupa-rupanya David dah sedia maklum dengan perkara itu.

“Dia mempelajari selok belok agama Islam menerusi rakan-rakannya di Dubai, dia juga sudah hafal bacaaan Al-Fatihah, ini dinamakan jodoh yang saya amat bersyukur sekali.

“Jadi saya meminta bantuan dari rakan saya Lisdawati untuk membantu David prosedur memeluk agama islam di sini pada 5 Disember tahun lalu, Alhamdulilah semuanya berjalan lancar,” katanya.

David adalah darah kacukan Irish-Pinoy yang mudah memahami budaya Asia, dia juga meminati masakan Malaysia yang pedas.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers