Ditahan Lagi, Benjy Mungkin Berdepan Hukuman Mati?

Ditahan Lagi, Benjy Mungkin Berdepan Hukuman Mati?


MUAR, 31 MAC 2015: Aktor Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim ditahan sekali lagi buat kali keempat hujung minggu lepas, dan dia kini disiasat kerana dipercayai terbabit dengan rangkaian sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu mereka di Kuala Lumpur ke daerah Muar.

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, mereka mengesyaki perkara itu selepas penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu.

Ditahan Lagi, Benjy Mungkin Berdepan Hukuman Mati?


Tambah Azman lagi, Benjy, 37, yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah iutu mungkin berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Benjy ditahan bersama seorang lagi lelaki Melayu setelah anggota polis menemui satu beg di tempat letak kaki pemandu yang mengandungi empat paket plastik dadah disyaki syabu anggaran seberat 52.27 gram.

Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa menemui satu paket dadah disyaki syabu dengan anggaran seberat 1,073 gram dan satu bekas plastik disyaki syabu anggaran seberat 193 gram.

Pemeriksaan pada but kereta pula, polis menjumpai satu kotak yang mengandungi beberapa botol plastik yang tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan satu bekas lain yang tertulis perkataan Bendosen Calcium Chloride.

Selain itu terdapat tujuh balang kaca, satu corong kaca, satu bekas plastik, satu getah paip, satu pengering dan satu dapur elektrik dipercayai peralatan memproses dadah.

Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar. Sebelum ini, anak dramatis terkenal Allahyarham Azean Irdawaty itu telah ditahan sebanyak tiga kali, semuanya akibat kes syahbu dan penyalahgunaan dadah.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers