Ramona Zamzam Pilih Jejaka Palestin, Nikah 15 Mei

Ramona Zamzam Pilih Jejaka Palestin, Nikah 15 Mei


Sumber Sinar Harian

KUALA LUMPUR, 31 MAC 2015: Aktres Ramona Zamzam mengumumkan yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada 15 Mei ini dan jejaka yang telah berjaya menawan hatinya itu adalah seorang pemuda dari Palestin.

Menerusi laporan Sinar Harian, Ramona berkata dia kini dalam proses persiapan untuk melangsungkan majlis pernikahan lebih kurang sebulan sahaja lagi. Dia juga memilih untuk terus bernikah dan tidak akan ada majlis bertunang.

Ramona Zamzam Pilih Jejaka Palestin, Nikah 15 Mei


Setakat ini perancangannya untuk majlis akad nikah adalah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Namun berikutan ada pihak yang ingin menaja majlis akad nikah mereka, kemungkinan besar lokasi dan masa akan berubah jika kata sepakat dicapai dengan penaja. Cuma tarikhnya tetap sama.

Jejaka pilihan Ramona bernama Rami Alashkar dan mengulas pengenalannya bersama Rami, Ramona menjelaskan sudah mengenali jejaka berkenaan selepas sama-sama menuntut di Kolej Segi, di mana ketika itu Ramona dalam pengajian diploma dan Rami pula sedang mengambil ijazah sarjana muda.

Aktres itu turut menjelaskan yang dia bukan jenis yang memilih lelaki luar, tetapi pengalamannya bercinta dengan lelaki tempatan membuatkan dia sedikit serik.

Berbeza dengan Rami kerana lelaki itu bukan jenis mengongkong, jauh sekali bersikap cemburu buta.

Tambah Ramona, Rami juga jenis yang memahami dan tidak menghalangnya meneruskan karier seni selepas berkahwin.

Bercerita lanjut berkenaan majlisnya nanti, Ramona berkata, majlis resepsi akan diadakan pada Jun di kampung halamannya di Ipoh, Perak, diikuti resepsi di Kuala Lumpur pada September.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers