Sharnaaz Ahmad Pernah Benci Nelydia Senrose! Kenapa?
KUALA LUMPUR, 27 MAC 2015: Gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sememangnya sangat serasi di layar. Berganding dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Astro Mustika HD, keserasian mereka diteruskan dalan drama Setitis Kasih Darmia di TV9.
Disebalik kolaborasi mereka yang kelihatan sangat mesra, Sharnaaz mendedahkan yang pada mulanya mereka membenci sesama sendiri.
"Sebenarnya, sebelum berlakon dengan Nelydia, saya tidak mengenali dirinya dan saya tidak suka dengan dia. Tak tahu apa sebabnya. Saya juga dapat tahu yang Nelydia juga kurang menyenangi saya," kata anak jati Pulau Pinang ini.
Segala persepsi awal mereka mengenai diri masing-masing nyata berubah setelah mereka memasuki set penggambaran, berganding sebagai hero dan heroin.
"Tetapi apabila kami melangkah masuk ke set penggambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, baru kami mengenali diri masing-masing dan menyedari yang wujudnya keserasian antara kami. Lantas kami menjadi rakan kolaborasi yang baik sehingga ke dalam drama Setitis Kasih Darmia," ujar Sharnaaz.
Memenangi anugerah Hero dan Heroin Pilihan dalam anugerah Drama Festival KL 2015 baru-baru ini, anugerah tersebut merupakan anugerah pertama Sharnaaz selepas enam tahun terlibat dalam industri hiburan. Namun begitu, gandingan mereka pernah disalah anggap satu ketika dahulu.
"Orang salah faham dan menganggap kami benar-benar bercinta, sedangkan kami hanya berlakon sahaja. Saya akui agak sukar untuk mengatasi salah faham itu dan perkara itu memberi kesan kepada kami berdua. Sebab itu saya takut apa yang saya lakukan dilihat terlebih-lebih dan saya memohon maaf awal-awal jika ada pihak yang kurang suka dengan apa yang kami tonjolkan. Tetapi apa yang saya dan Nelydia tonjolkan semua hanyalah untuk promosi drama, tidak lebih dari itu," katanya mengakhiri perbualan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.