Sharifah Sakinah Selamat Bergelar Isteri Kepada Aliff Adha

Sharifah Sakinah Selamat Bergelar Isteri Kepada Aliff Adha


Sumber oleh Berita Harian

KUALA LUMPUR, 29 MAC 2015: Pelakon Sharifah Sakinah selamat bergelar isteri kepada juruterbang Aliff Adha dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Shangri-La, Putrajaya, sekitar jam 6 petang semalam.

Dengan sekali lafaz, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, selamat diijabkabulkan dengan Aliff dalam majlis yang bertemakan perkahwinan dalam taman itu.

Mereka telah dinikahkan sendiri oleh bapa Sakinah sendiri iaitu Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman dengan disaksikan Imam Masjid Wilayah Putra Jaya, Ustaz Fairuz Suhari.

Sharifah Sakinah Selamat Bergelar Isteri Kepada Aliff Adha


Pihak pengantin perempuan telah menerima tujuh dulang hantaran dan membalas kembali sembilan dulang kepada pengantin lelaki.

Menariknya, barang hantaran yang diberikan oleh pihak Aliif kepada Sakinah ialah tujuh pasang kasut jenama Adidas koleksi terbaharu manakala Aliff pula menerima sebentuk cincin, senaskhah al-Quran, tali pinggang, seutas jam tangan dan sepasang kasut bola.

Sakinah yang juga adik kepada Sharifah Shahira kelihatan anggun mengenakan busana rekaan Nurita Harith dan disolek jurusolek terkenal Tiar Zainal bagaimanapun memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran dan mas kahwin.

Turut sama memeriahkan majlis perkahwinan Sakinah dan Aliff ialah teman artis termasuk Marsha Milan, Anzalna Nasir, Elfira Loy, Siti Saleha, Sherry Al Hadad, Nabila Huda, Nad Zainal dan Tasha Shila.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers