Elizad Sharifuddin Akui Rapat Dengan Ungku Ismail
KUALA LUMPUR, 6 APRIL 2015: Kemesraan antara aktres Siti Elizad Sharifuddin dan aktor Ungku Ismail Aziz semakin dirasai ramai selepas kehadiran drama bersiri 'Teman Lelaki Upahan'.
Dek kerana beraksi mesra dan selalu dilihat bersama, ramai peminat merasakan yang Elizad dan Ungku kini menjalin hubungan cinta. Bertemu dengan Elizad, aktres ini mengiyakan yang mereka sememangnya sedang rapat.
"Saya dan Ungku memang rapat sebagai kawan. Kami memang serasi bergandingan di dalam skrin. Kalau ramai yang anggap kami bercinta di luar skrin, rasanya tidak kerana kami masing-masing mempunyai pasangan sendiri," ujar Elizad memulakan bicara.
Ada juga komen-komen di laman sosial yang ditinggalkan oleh para peminat yang mahu melihat mereka berdua bercinta di alam nyata.
"Itu tidak mungkin terjadi kerana kami berdua hanya sekadar teman rapat yang mempunyai 'chemistry' ketika bergandingan di dalam lakonan. Saya menghormati pasangan Ungku, begitu juga sebaliknya," kata Elizad lagi.
Dalam perkembangan lain, gadis yang bakal mengakhiri zaman bujang pada 11 April ini bersama kekasihnya, Shamsul Baharin Rahman mendedahkan yang mereka tidak sempat menyiapkan persiapan perkahwinan mereka dan perkara itu diuruskan oleh keluarga dan rakan-rakan.
"Setakat ini persiapan perkahwinan saya berjalan lancar. Sudah hampir 80 peratus siap. Semuanya dibantu oleh kawan-kawan dan ahli keluarga. Jadual kerja bakal suami padat, begitu juga dengan jadual kerja saya. Saya hanya akan bercuti tiga hari bermula 10 April nanti. Syukur kerana kami mempunyai keluarga dan teman-teman yang sentiasa membantu kami dalam urusan perkahwinan," kata Elizad lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Elizad kini sedang giat di lokasi penggambaran drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa bersama Fathia Latiff dan Shukri Yahaya dan Elizad juga bergandingan dengan Zara Zya, Shuib Sepahtu dan Ungku Ismail dalam drama terbaru berjudul Isteriku Bukan Tukang Masak.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.