Wajah Awal Bengkak, Tiada Kecederaan Serius Selepas Kemalangan
KUALA LUMPUR, 30 MAC 2015: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari telah memuatnaik sebuah foto selfie dirinya dari katil hospital untuk memaklumkan dirinya dalam keadaan baik selepas terbabit dalam kemalangan pagi semalam.
Foto tersebut menunjukkan wajah Awal yang sedikit bengkak sementara terdapat balutan luka di dahinya. Awal turut memberitahu dirinya dalam keadaan baik dan bakal dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur malam tadi.
Pengacara Melodi itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya mengeluarkan dia dari kereta dan membawanya ke hospital semalam.
Sementara itu, isteri Awal iaitu Scha Alyahya juga memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana melindungi suaminya dari malapetaka yang lebih teruk.
Semalam, kira-kira jam 11.15 pagi, kereta BMW 6 Series yang dipandu rakan Awal telah terbabit dalam nahas berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh ketika mereka dalam perjalanan ke Melaka.
Berdasarkan foto-foto yang diambil dari tempat kejadian, kereta tersebut dilihat remuk teruk selepas terbalik di tepi jalan.
Awal dan Izuan dalam perjalanan ke Karnival Jom Heboh, Melaka untuk mengacarakan Melodi secara langsung.
Berdasarkan foto terbaru yang dimuatnaik Awal di Instagram miliknya pagi tadi, Awal dilihat akan menjalani ujian MRI.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.