Shaheizy Sam Rangkul Gelaran Bintang Paling Popular Kali Ke-3

Shaheizy Sam Rangkul Gelaran Bintang Paling Popular Kali Ke-3


GENTING HIGHLAND, 6 APRIL 2015: Buat kali ketiga dalam sejarah hidupnya, pelakon Shaheizy Sam telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular untuk tahun 2014 dalam majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) yang berlangsung malam tadi.

Dalam majlis yang berlangsung dari Arena of Stars, Genting Highlands itu, Sam yang menerima sebanyak 265,703 undian telah mengenepikan nama-nama lain seperti Zul Ariffin dan Ayda Jebat yang disebut-sebut pada peringkat awalnya untuk menjulang trofi tersebut.



Kemenangan itu melayakkan Shaheizy membawa pulang hadiah utama iaitu kereta Toyota Camry bernilai RM175,000 tajaan UMW Toyota Motor Sdn Bhd berserta trofi. Sam pada malam tersebut juga merangkul anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular.

Sebelum ini Sam pernah memenangi anugerah yang sama pada tahun 2011 (ABPBH 2010) dan 2013 (ABPBH 2012).

Trofi Bintang Paling Popular ABPBH 2014 disampaikan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2014 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir pada majlis kemuncak yang bertemakan Cinta.

Sementara itu bagi keputusan-keputusan lain, Ayda Jebat menepati ramalan apabila memenangi anugerah Artis Baharu Wanita Popular manakala Shah Iskandar membuat kejutan apabila menewaskan nama-nama besar lain seperti Adi Putra dan Aaron Aziz bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular.

Fara Fauzana terus membuktikan popularitinya sebagai penyampai radio masih kukuh dengan sekali lagi merangkul Penyampai Radio Wanita Popular. Abam Bocey pula tampil dengan kejayaan sendiri dengan gelaran Pelakon Komedi Lelaki Popular.

Satu-satunya artis lain yang naik ke atas pentas sebanyak dua kali (menerima anugerah) adalah Akim apabila menerima anugerah Artis Duo/Berkumpulan Popular dan Penyanyi Lelaki Popular.

ABPBH 2014 dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio, Hot FM. Trio pengacara untuk majlis kali ini ialah AG, Sherry Alhadad dan Amy Mastura.

iskandarX: Lepas nie Sam berlakon jangan berhenti, terima je semua job kormesial ke drama ke sapu habis.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers