Foto T-ara Bersama Sultan Johor Jadi Perhatian Di Laman Sosial

Foto T-ara Bersama Sultan Johor Jadi Perhatian Di Laman Sosial


JOHOR BAHRU, 30 MAC 2015: Hujung minggu lalu, 4 nama besar dari dunia K-Pop di Korea datang untuk menjayakan konsert masing-masing di negara kita.

Kumpulan SNSD atau Girl’s Generation bersama ShiNEE telah memeriahkan konsert F1 di Sepang pada petang Ahad manakala kumpulan T-Ara dan Sistar pula menjayakan persembahan sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim di Danga Bay, Johor Bahru.

Apa yang menariknya Murai Batu tengok di laman Twitter, sebuah foto yang menampilkan keenam-enam gadis kumpulan T-ara bersama Duli Yang Maha Mulia, Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ismail telah menarik perhatian ramai.

Foto T-ara Bersama Sultan Johor Jadi Perhatian Di Laman Sosial


Rata-ratanya teruja melihat Sultan Ibrahim yang kelihatan begitu sporting untuk bergambar selfie bersama kumpulan megastar dari Korea itu.

Tak silap Murai Batu, T-ara yang dianggotai Boram (29), Qri (28), Soyeon (27), Eunjung (26), Hyomin (25) dan Jiyeon (21) telah dijemput untuk hadir bersama bagi acara makan malam bersama kerabat diraja Johor itu.

Dalam konsert yang diadakan malam tadi, T-ara telah menyampaikan enam buah lagu iaitu Day By Day, Sexy Love, Number 9, Lovey Dovey, Roly Poly dan Sugar Free.

Murai Batu sendiri pun belum pernah dapat merasa bergambar dengan T-ara atau mana-mana bintang Kpop. Entah bilalah nak dapat peluang itu ye.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers