Remy Ishak dan Wan Raja Bintangi Putera Makassar

Remy Ishak dan Wan Raja Bintangi Putera Makassar


KUALA LUMPUR, 31 MAC 2015: Buat julung kalinya, Taqloq Sdn Bhd mengambil langkah berani dengan menerbitkan sebuah filem epik berkisar tentang pahlawan Bugis lima bersaudara yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke-16.

Membariskan pelakon berbakat besar seperti Remy Ishak, Wan Raja, Wana Syed dan Wana Ali, filem yang bertajuk Putera Makassar bakal menjalani penggambaran pada Ogos 2015, mengambil pendekatan sedikit berbeza apabila menyiapkan trailer filem terlebih dahulu. Pendekatan ini sudah lama dipraktikkan di luar negara untuk menarik minat pembeli dan pengedar filem luar, tetapi di Malaysia, ia agak jarang dilakukan.

Remy Ishak dan Wan Raja Bintangi Putera Makassar


Trailer filem Putera Makassar menjalani penggambaran di Gurun, Kedah. Berlatarkan beberapa lokasi menarik seperti di air terjun dan pantai, trailer ini diarahkan oleh pengarah, penulis dan penerbit Javerd Nizar.

Hanya menjalani penggambaran dalam tempoh sehari, beberapa babak menarik diwujudkan, antaranya pertarungan seni silat, babak percintaan dan adat istiadat silat. Menurut penerbitnya, Asmadie Mokhadar, beberapa pihak sudahpun menyatakan persetujuan untuk bekerjasama bagi menjayakan filem ini nanti, antaranya Koperasi Penggiat Seni Berhad (KOSENI) dan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

Selain itu, syarikat penerbitan Pencil Pictures Sdn Bhd yang diterajui oleh Dato’ Ayu Puteh juga menyatakan hasrat untuk bekerjasama dalam penerbitan filem ini. Di peringkat antarabangsa pula, filem ini sudah menarik minat pihak daripada Hong Kong dan China untuk bekerjasama mengedarkan filem ini nanti.

Filem yang bakal menelan belanja RM 8 juta ini akan menjalani penggambaran di Kedah, Johor dan Makassar, Sulawesi. Sehingga kini, sebahagian daripada dana filem ini sudah diperolehi daripada FINAS dan Jabatan Perdana Menteri.

Sinopsis Ringkas:

Memaparkan sejarah semasa zaman kegemilangan pahlawan Bugis dan perebutan takhta di kalangan Sultan-Sultan Melayu pada abad ke-16 dan 17.

Ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan Belanda, menyebabkan lima bersaudara, anak kepada seorang Raja Bugis di Luwu, Kepulauan Sulawesi berhijrah ke Tanah Melayu. Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Kemasi, Daeng Marewah dan Daeng Chelak adalah pahlawan-pahlawan Bugis yang cukup berani dan digeruni kawan dan lawan. Mereka berlima juga mempunyai ilmu agama dan pelayaran yang tinggi.

Kebijaksanaan mereka berlima menyebabkan mereka sering diminta untuk menyelesaikan masalah politik dan perebutan takhta di kalangan Sultan-Sultan Melayu. Ini menjadikan mereka dengan senang hati diterima menjadi sebahagian daripada keluarga Sultan-Sultan Melayu melalui perkahwinan mahupun perjanjian, seterusnya melayakkan mereka menjadi pemimpin di negeri tersebut. Mereka akhirnya berjaya melebarkan pengaruh mereka ke beberapa negeri iaitu Kedah, Pahang, Selangor dan Johor-Riau-Lingga.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers