Yasmin Hani Tayang Proses Kehamilan Puteranya, Noah

Yasmin Hani Tayang Proses Kehamilan Puteranya, Noah

Yasmin Hani Tayang Proses Kehamilan Puteranya, Noah

Bermula dari suka-suka, video yang dirakamkan pengacara dan pelakon, Yasmin Hani dan suami, Sha’rin ketika proses kehamilan pengacara itu bakal dipertontonkan kepada umum dalam rancangan Selebriti Materniti, Yasmin Hani terbitan Blublack Production milik suaminya.

Yasmin Hani berkata idea itu lahir selepas dia dan suami merasakan footage yang diambil semasa proses itu sangat menarik untuk dipertonton serta dikongsi bersama ibu-ibu yang baru pertama kali hamil.

"Sebenarnya saya dan suami tidak pernah merancang untuk menerbitkan program tersebut kerana pada asalnya kami mengambil gambar dan video sekadar simpanan peribadi untuk ditunjukkan kepada anak kami apabila dia dewasa nanti.

"Idea menerbitkan program itu timbul selepas menyedari rakaman peribadi yang kami rakamkan sendiri sepanjang kehamilan sangat menarik dan berpotensi untuk dikongsi kepada umum dan memberi manfaat kepada orang lain.

“Kemudian, selepas berbincang kami membuat keputusan menerbitkannya dalam bentuk yang lebih proper untuk rancangan ini dengan beberapa slot tambahan seperti berjumpa doktor dan sebagainya,” katanya ketika sidang media rancangan itu di TGV Cinema, One Utama.

Program itu bakal bersiaran pada 3 Februari depan pada setiap hari Isnin. Ia memaparkan pengalaman Yasmin dan suaminya, Sha'arin Razali menyambut kelahiran anak sulung mereka, Noah Ismail Wong, yang kini sudah berusia tiga bulan.

Selain itu, Yasmin mengulas program yang mempunyai 4 episod itu merupakan lebih kurang 90 peratus mengenai proses kehamilannya sehinggalah melahirkan Noah yang telah diringkaskan dalam bentuk dokumentari.

“Saya tahu pengalaman hamil setiap wanita berbeza-beza, jadi kita sukar untuk bertanyakan kepada orang lain kerana sumber mereka mungkin tidak sesuai dengan kita.

“Jadi dalam rancangan ini kami bukan sahaja berkongsi pengalaman mengandung saya sendiri dari ‘baby shower’ hingga saat di bilikbersalin, majlis cukur dan akikah tetapi banyak informasi tambahan yang berguna diberikan sebagai rujukan,” jelasnya lagi.

Selebriti Materniti, Yasmin Hani akan disiarkan secara eksklusif di saluran Maya HD pada pukul 9.30 malam bermula 3 Februari ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers