Corat-coret Menarik Berlaku Di Ajl28

Corat-coret Menarik Berlaku Di Ajl28

Corat-coret Menarik Berlaku Di Ajl28

Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) yang dipenuhi lebih 20,000 penonton di Stadium Putra Bukit Jalil pada Ahad lalu telah berlangsung dengan meriah dan jayanya.

Malam kemuncak yang menyaksikan 12 lagu berentap itu telah menjulang lagu Bahagiamu Deritaku ciptaan Ly dan Baiduri serta yang dinyanyikan oleh Hafiz Suip sebagai Juara Lagu 28.

Penyanyi kelahiran Sarawak itu turut memenangi Persembahan Terbaik untuk lagu yang sama.

Sementara kumpulan Hyper Act memenangi tempat kedua menerusilagu Hanya Aku yang dicipta oleh kumpulan mereka sendiri dan Frozen. Tempat ketiga pada AJL28 pula diberikan kepada Kalau Aku Kaya yang dicipta oleh Omar K, Audi Mok dan Altimet. Lagu tersebut telah dipersembahkan oleh Awi rafael danAltimet sendiri.

Bagi anugerah Vokal Terbaik pula berjaya dimenangi oleh penyanyi, Jaclyn Victor menerusi lagu Ikut Rentakku yang dicipta sepenuhnya oleh Edry Abd Halim.

Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan& Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan),Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara). Turut bertanding adalah JaclynVictor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat),Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah), dan AwiRafael & Altimet (Kalau Aku Kaya).

AJL28 yang bersiaran langsung di TV3 itu dikemudikan oleh pengacara Scha Al Yahya dan AG.

Persembahan pembukaan tirai AJL28 telah membawakan konsep battle vokal oleh Shila Amzah dan Mus May dan battle tarian oleh Funky Fresh Family manakala segmen interlude pula mengetengahkan muzik hip hop yang mengandingkan penyangi baru dan lama antaranya W.A.R.I.S, Ziana Zain, Dato' M. Daud Kilau, Amy Search dan beberapa penyanyi baru.

Namun sepanjang AJL28 itu berlansung terdapat banyak kejadian dan cerita yang menarik di sebalik tabir anugerah itu.

Istimewa untuk anda, portal murai.com.my menyampaikan cerita menarik sebagai coret-coret yang mungkin anda tidak dapat lihat di kaca TV.

1) Ketika persembahan pembukaan tirai AJL28 yang menampilkan 2 orang yang menimbang bola sepak, salah seorang daripada mereka gagal membuat timbangan dan bolanya jatuh ke bawah pentas.

2) Mikrofon vokalis, Salam ketika menyanyikan lagu Aku Pelat tidak kedengaran pada awalnya, namun Salammusik tetap meneruskan persembahan mereka seperti biasa.

3) Kumpulan Hyper Act yang membawakan lagu Hanya Aku telah mendapat sorakan yang amat gemuruh daripada seluruh penonton di stadium di akhir persembahan mereka.

4) Stacy membawa kelainan dalam persembahan lagu Bosan apabila menampilkan sekumpulan zombie di atas pentas menari bersamanya.

5) Hafiz Suip mempersembahkan lagu Bahagiamu Deritaku dengan penuh penghayatan dan dia telah mengalirkan air mata di akhir persembahannya.

6) Gandingan sulung AG dan Scha Al Yahya sebagai pengacara pada malam kemuncak AJL28 adalah satu percubaan yang baik. Walaupu nScha sedang hamil, dia tidak hilang fokus dalam memberikan persembahan terbaik sebagai peneraju acara malam tersebut.

7) Scha Al Yahya yang baru hamil 4 bulan itu telah dibantu dengan kerusi ketika berehat dan dia juga tidak mengenakan kasut tumit tinggi sebaliknya hanya memakai kasut wedges yang ketinggianya hanya beberapa inci sahaja.

8) Pun begitu, Scha Al Yahya ada tersilap kata apabila menyebut perkataan yang sepatutnya “stadium” kepada “studio”

9) Sementara, Hazama menerusi lagu Penglipurlara dan Altimet bersama Awi Rafael menerusi lagu Kalau Aku Kaya menampilkan tema persembahan seperti permainan video yang betul-betul menepati tema Game On yang cuba diangkat pada malam AJL28.

10) Persembahan Kalau Aku Kaya sangat kreatif dan memukau apabila seluruh stadium telah dihujani wang kertas palsu sebagai simbolik kaya.

11) Jaclyn Victor pula tidak menyanyi solo di dalam persembahan lagu Ikut Rentakku, sebaliknya membawa kelainan apabila menampilkan lima orang diva ke atas pentas Salamiah Hassan, Dina Nadzir, Adibah Noor, Elvira Arul dan Atilia untuk menyanyi bersama.

12) Menariknya ada malam itu hashtag #AJL28 telah menjadi fenomena dan trending di seluruh dunia.

13) Sewaktu segmen interlude yang mengetengahkan lagu Hip Hop, penonton yang ada dalam stadium bangun dan menari bersama-sama, terutamanya ketika Dato' M. Daud Kilau menyampaikan lagu 'Cik Mek Molek' dan 'Gila Judi'.

14) Seorang peminat fanatik Ziana Zain juga mencuri tumpuan apabila dia sama-sama menyanyi ketika Ziana Zain menyampaikan lagu 'Putus Terpaksa' dan 'Sangkar Cinta'. 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers