Konsert Tercipta Untukku, Ungu Temui Peminat Di Malaysia

Konsert Tercipta Untukku, Ungu Temui Peminat Di Malaysia

Konsert Tercipta Untukku, Ungu Temui Peminat Di Malaysia

Kumpulan dari Indonesia yang popular menerusi lagu ‘Demi Waktu’ Ungu, bakal menemui peminat di Malaysia tidak lama selepas bakal mengadakan konsert solo mereka di Kenanga Wholesale City, Star Stage, Kuala Lumpur pada 28 Februari 2014.

Ungu yang ditubuhkan pada tahun 1996 ini dianggotai oleh Pasha (vokalis), Makki (bass), Enda (gitaris), Onci (gitaris) dan Rowman (dram). Namun selepas enam tahun ditubuhkan baru mereka mengeluarkan album pertama bertajuk “Laguku” yang turut menyelitkan lagu yang cukup popular iaitu ‘Hasrat’ dan ‘Bunga’.

Nama Ungu melonjak naik selepas lagu-lagu hit mereka seperti ‘Demi Waktu’, ‘Tercipta Untukku’, ‘Andai Kutahu’, ‘Kekasih Gelapku’ dan banyak lagi menerusi album “Melayang” mendapat liputsan meluas dari radio-radio tempatan selain mendapat anugerah double platinum di Indonesia serta berjaya menembusi pasaran di Malaysia menerusi syarikat rakaman Suria Records Sdn Bhd (SRC).

Menurut gitaris Ungu, Enda, ini merupakan konsert solo pertama mereka di Malaysia dan mereka menjanjikan persembahan yang terbaik khas buat peminat mereka di Malaysia yang sering memberi sambutan dan sokongan yang tidak terhingga sejak dahulu lagi.

“Kami kini dalam persiapan untuk konsert kami di Malaysia dan semestinya semua anggota kumpulan Ungu sungguh teruja untuk beraksi di hadapan peminat-peminat kami di Malaysia. Rasanya kali terakhir kami terlibat dengan konsert di Malaysia pada tahun 2008 tetapi ianya bukan konsert solo kami.

“Insya Allah kami akan menemui peminat pada 28 Februari dengan persembahan yang mantap dan bertenaga. Kami berlima rasanya sudah tidak sabar untuk bertemu dengan peminat-peminat kami di Malaysia,” jelas Enda kepada pihak media.

Dalam pada itu, ditanya tentang keistimewaan yang bakal ditampil pada 28 Februari nanti, Enda sudah merancang beberapa persembahan istimewa khas buat para peminatnya mereka agar ianya menjadi antara persembahan hebat yang pernah disaksikan.

“Kami sudah rancang beberapa kejutan istimewa khas buat para penonton di Malaysia supaya mereka pulang dengan hati gembira dan tersimpan saat indah mereka menonton sebuah konsert hebat yang pernah mereka saksikan.

“Pastinya kami sangat rindu dengan sambutan hebat daripada para peminat seperti sebelum ini di Malaysia,” tambah Enda.

Konsert Ungu “Tercipta Untukku” dianjurkan oleh E & F Event Resources, ASL Masterpiece Sdn Bhd dan Offshore Entertainment Production. Konsert ini diadakan bersempena tahun melawat Malaysia 2014 dan Ungu dilihat sebagai antara kumpulan yang mampu memberi tarikan kepada pelancong-pelancong dari luar negara menyaksikan bersama konsert mereka kelak.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket boleh melayari www.ticketcharge.com.my dengan harga RM98, RM138,RM188 dan RM238. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Ericka (012-7639379), Shahrul Razlan (017-3395393) atau Hadi (011-26703466).

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers