Jodoh Berdua Ilham Hafiz Hamidun Untuk Bakal Isteri
Hafiz Hamidun akui single terbarunya berjudulnya, Jodoh Berdua adalah hasil ciptaan ilhamnya untuk bakal isterinya kelak.
Hafiz Hamidun berkata lirik yang ditulis itu juga adalah luahan perasaannya kepada bakal isteri yang didambakan kelak.
“Sebenarnya lagu ini merupakan satu luahan perasaan saya. Perkara yang saya bayangkan kalau saya berkahwin nanti.
“Lagu ini juga saya sudah bayangkan akan menjadi lagu tema untuk majlis perkahwinan saya nanti kerana ianya sesuai dimainkan pada hari bahagia pasangan yang diijabkabulkan.
“Sayangnya, saya sendiri tidak tahu bila masanya itu akan tiba kerana saya sendiri belum ada calon isteri,” katanya kepada murai.com.my
Meskipun lagu itu merupakan sebuah lagu pop yang digubah oleh Azlan Abu Hassan, namun Hafiz memberitahu dia tetap memasukan elemen Islamik ke dalamnya.
“Saya mencuba muzik ini kerana saya mahu tembus corong-corong radio kerana lagu-lagu saya sebelum ini seperti Zikir Terapi Diri tidak sesuai keluar di radio walaupun album zikir saya jualannya sudah menjangkau lebih dari 200 000 unit.
“Pun begitu, saya masih masukkan juga elemen-elemen keislaman dalam lagu ini, perkahwinan pun semestinya berkait rapat dengan unsur keislaman. Oleh itu, ada perkataan Islamik yang saya ambil dalam lirik seperti InsyaAllah,” jelasnya lagi.
Sementara itu, mengenai perkembangan lain Hafiz Hamidun bakal mengadakan Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun di Spice Arena (dahulu dikenali sebagai PISA), Pulau Pinang pada jam 8 malam.
Konsert yang diadakan percuma itu turut menampilkan persoanliti lain seperti Imam Muda Asyraf, Heliza Helmi dan Pencetus Ummah, Rahmat.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.