Remy Ishak Mahu Lebih Selektif

Remy Ishak Mahu Lebih Selektif


Mengimpikan watak yang lebih mencabar dan matang dengan kerjayanya, pelakon, Remy Ishak akui akan lebih selektif dalam pemilihan drama atau filem yang akan dilakonkan.

Remy Ishak berkata ianya bukan sahaja tertumpu pada watak yang diberikan tetapi dia akan lebih selektif pada skrip dan penceritaan yang lebih menarik.

“Saya kini sedang berehat seketika dan akan mula lebih selektif dengan tawaran yang saya terima selepas ini. Saya rasa saya perlu memilih watak yang selari dengan kematangan saya dalam industri ini.

“Bagi saya, pada satu tahap itu kita akan tahu di mana kemampuan kita dalam sesebuah cerita dan saya inginkan sesuatu yang mencabar dan lain dari lain yang pernah saya buat sebelum ini.

“Bukan watak yang mencabar tetapi penceritaan yang lebih matang dan menarik untuk dikupas itu akan menjadi pilihan saya,” katanya kepadamurai.com.my, baru-baru ini.

Bercakap mengenai perkembangan lain, Remy bakal muncul dalam sebuah drama bersiri di Slot Akasia TV3 yang berjudul Jiwa pada 5 Februari inibersama pelakon hebat lain seperti Faizal Hussein dan Kamal Adli.

Mengulas lanjut mengenai wataknya, Remy akui dia telah banyak bermain dengan emosi dalam drama tersebut.

“Terus-terang, drama ini banyak mengacau jiwa saya. Saya diberi tanggungjawab untuk membawa watak Iskandar, seorang yang panas baran dan kasar di mana ia bukan ‘makanan’ saya. Orang kenal saya dengan cerita cinta jadi saya perlu lebih fokus untuk dramaini.

“Oleh itu, saya benar-benar ‘all-out’ sepanjang dua bulan penggambaran drama ini di mana saya pergi ke gimnasium dan jaga pemakanan saya.Tidak dinafikan saya menghabiskan banyak tenaga untuk drama ini dan sehingga kini saya masih terasa penat kerana banyak aksi yang ditonjolkan,” jelasnya lagi.

Drama Jiwa yang merupakan terbitan Filmscape bakal bersiaransetiap hari Rabu, jam 9.00 malam di slot Aksi TV3.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers