Uqasha Senrose Belum Sedia Umum Tarikh Kahwin

Uqasha Senrose Belum Sedia Umum Tarikh Kahwin

Uqasha Senrose Belum Sedia Umum Tarikh Kahwin

Meksipun pasangan selebriti, Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim sudah mula membuat serba sedikit persiapan untuk perkahwinan, namun pasangan ini mengambil langkah untuk merahsiakan dahulu tarikhnya.

Uqasha Senrose berkata dia belum bersedia untuk mengumumkan tarikh kahwin tersebut kerana persiapan masih di peringkat awal untuk hari bahagianya, tetapi apa yang pasti mereka bakal disatukan pada tahun ini juga.

"Sebenarnya kami dah mula buat persiapan sedikit demi sedikit. Tapi tarikhnya belum boleh diberitahu lagi. Namun, InsyaAllah majlis kahwin kami dalam tahun ini juga.

“Bukan tak mahu beritahu dahulu tarikh kahwin tetapi banyak lagi persiapan yang perlu dibuat. InsyaAllah jika sudah hampir separuh kerja diselesaikan, barulah kami akan umumkannya. Bukan apa takut akan ada pertukaran di saat akhir,” katanya kepada murai.com.my

Pasangan ini merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka di Kuala Lumpur dan juga Kelantan iaitu kampung Pekin.

Bercakap mengenai perasaannya yang bakal berkahwin dan menjadi isteri, Uqasha memberitahu ada terbit perasaan gusar di hatinya apabila semakin hampir dengan hari bahagia.

“Perasaan sebenarnya bercampur baur, kadang-kadang teruja juga tetapi ada juga rasa takut. Takut bukan apa, sebab takut memikirkan apa yang akan kita tempuh nanti kerana apa-apa pun terjadi nanti kita sudah tidak boleh undur dan harus sentiasa bersedia dengan apa jua yang mendatang,” luahnya lagi.

Dalam pada itu Uqasha berkata, dia dan Pekin sedia menerima tajaan daripada mana-mana pihak. Tetapi segala keputusan akan dibuat selepas perbincangan.

"Kami terima kalau ada pihak yang nak taja. Setakat ini ada beberapa pihak dah nyatakan kesudian mereka tapi kami akan adakan perbincangan dengan mereka sebelum membuat keputusan,” jelasnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan karier, kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini mengesahkan kontraknya bersama syarikat pengurusan MIG telah tamat. Buat masa ini dia selesa menguruskan kerjaya seninya sendiri.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers