Filem-filem Hong Kong Menarik Khas Tahun Baharu Cina Di Tv2

Filem-filem Hong Kong Menarik Khas Tahun Baharu Cina Di Tv2

Filem-filem Hong Kong Menarik Khas Tahun Baharu Cina Di Tv2

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 turut meraikan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dengan tayangan 7 buah filem pelbagai genre yang disiarkan mulai 30 Januari hingga 3 Februari depan.

Menampilkan kemunculan barisan pelakon hebat Hong Kong yang sememangnya dikenali di sini seperti Andy Lau, Chow Yun Fat, Anita Mui dan Cecilia Cheung, saksikan 7 buah filem menarik bermula Kungfu Chefs (30 Januari; jam 10.00 pagi), A Battle of Wits (30 Januari; jam 10.00 malam), Kungfu Cyborg: Metallic Attraction (31 Januari; jam 10.00 malam), The Lady Iron Chef (1 Februari; pjam 10.00 pagi), The Swordsmen (1 Februari; jam 2.00 petang) dan Wu Wen (3 Februari; jam 10.00 pagi).

Kisah tentang kesungguhan seorang chef dalam melatih anak didiknya melatari plot filem Kungfu Chefs yang mengisahkan Wong Bing Yi memegang watak sebagai Chef. Kesanggupan Chef Wong Bing Yi amat dikagumi apabila bersungguh-sungguh untuk membantu Shen Qing di restorannya.

Kehebatan Lung Kin Yat digambarkan melalui caranya mengajar tukang masak baru di dalam arena masakan. Berkat tunjuk ajar Chef Wong Bing Yi telah membawa anak didiknya , Lung Kin Yat untuk bertanding dengan seorang Ketua Chef, Chef Tin di pentas masakan “Imperial Palace”. Ia menampilkan pelakon hebat seperti Sammo Hung Kam Bo, Vanness Wu dan Cherrie Ying.

Imbas kembali sejarah peperangan berlaku di negara matahari terbit dalam filem bertajuk A Battle of Wits. Diadaptasi daripada novel sejarah Jepun, ia sudah pasti membuka lembaran baru untuk mengimbau kembali sejarah peperangan negara Jepun pada suatu ketika dahulu. Filem mengangkat sisi kepahlawanan seorang lelaki ini dilakonkan oleh Andy Lau, Fan Bing Bing, Wang Zhiwen dan Ahh Sung Kinn.

Filem Kungfu Cyborg arahan Jeffrey lakonan Hu Jin, Betty Sun, Alex Fong Lik, Gan Wei, dan Ronald Cheng menyusul kemudiannya menceritakan tentang kewujudan sebuah robot yang dicipta oleh seorang pengusaha kaya di Hong Kong. Dia membuat robot Cyborg tetapi kelakuan dan bentuknya sama seperti manusia.

Berlatarbelakangkan negara Cina tahun 1919, saksikan filem Let The Bullets Fly, kisah perjalanan cerita seorang bandit bernama Scarface Zhang (Wen Jiang) memimpin sebuah misi rompakan kereta. Kisah itu akhirnya menyeksakan hidup Tang (Ge You), orang kaya yang membeli kepemimpinan seluruh negeri Cina, bersama isterinya (Carina Lau). Apakah masalah yang dihadapi oleh penguasa setempat Huang Si Lang (Chow Yun Fat) setelah menguasai wilayah Goose Town?

Filem menarik lakonan Charmaine Sheh, Hacken Lee, Yuen Qiu, Wong Jing dan Yumiko Cheng bertajuk The Lady Iron Chef pula mengisahkan tentang sebuah keluarga yang kaya memiliki perniagaan katering terbesar di Hong Kong. Madam To dan anak lelakinya SK To mengadili sebuah pertandingan Dim Sum yang disertai oleh seorang gadis bernama Jade.

Kemenangan Jade dalam pertandingan tersebut telah berjaya menarik perhatian Madam To dan berhasrat untuk mengahwinkan putera lelakinya dengan Jade. Adakah hasrat Madam To itu kesampaian?

Tidak ketinggalan filem The three Swords Men yang berlatarkan plot pertandingan perebutan kuasa telah mengundang suatu kejadian yang tidak diingini berlaku. Watak utama dibawakan oleh Andy Lau, Brigitte Lin, Elvin Tsui, Yu Li dan Siqin Gaowa.

Akhir sekali bergelak ketawa dengan filem komedi hebat Hong Kong bertajuk “Wu Yen” arahan Johnie To dan Wai Kai Fai yang dibintangi oleh Sammi Cheng memegang watak utama sebagai Wu Yen selain Anita Mui, Cecilia Cheung, Ai- Wai , Joe Cheng, Chun Wong dan Hui Shiu Hung.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers