Anugerah Juara Lagu 28 Jadi Milik Bahagiamu Deritaku

Anugerah Juara Lagu 28 Jadi Milik Bahagiamu Deritaku

Anugerah Juara Lagu 28 Jadi Milik Bahagiamu Deritaku

Lagu `Bahagiamu Deritaku` ciptaan Ly dan Baiduri telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL28) yang berlangsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil malam tadi.

Lagu yang merupakan nyanyian Hafiz Suip itu telah memenangi trofi dan wang tunai bernilai RM 35,000. 

Penyanyi kelahiran Sarawak itu turut meraih RM10,000 lagi apabila memenangi Persembahan Terbaik AJL28 dengan lagu yang sama.

Sementara kumpulan Hyper Act memenangi tempat kedua menerusi lagu Hanya Aku yang dicipta oleh kumpulan mereka sendiri dan Frozen. Kumpulan itu membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM15,000.

Tempat ketiga pada AJL28 pula diberikan kepada Kalau Aku Kaya yang dicipta oleh Omar K, Audi Mok dan Altimet. Lagu tersebut telah dipersembahkan oleh Awi rafael dan Altimet sendiri. Mereka berjaya membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM12,000.

Bagi anugerah Vokal Terbaik pula berjaya dimenangi oleh penyanyi, Jaclyn Victor menerusi lagu Ikut Rentakku yang dicipta sepenuhnya oleh Edry Abd Halim. Jac menerima trofi dan wang tunai bernilai RM10,000.

Malam kemuncak AJL28 yang membawa tema Game On telah menampilkan 12 penyanyi yang mempertarungkan 12 buah lagu keseluruhan.

Antara penyanyi lain yang mempertaruhkan lagu yang dibawa adalah Black, Salammusik, Stacy, Hazama, Alyah, Aizat Amdan, Noh Saleh dan Najwa Latif serta Sleeq.

AJL28 yang bersiaran langsung di TV3 telah dihadiri oleh lebih kurang 20 000 penonton yang memenuhi stadium. Anugerah telah dikemudikan oleh sepasang hos Scha al Yahya dan AG.

Persembahan pembukaan tirai AJL28 telah membawakan konsep battle vokal oleh Shila Amzah dan Mus May dan battle tarian oleh Funky Fresh Family manakal segmen interlude pula mengetengahkan muzik hip hop yanh menggandingkan penyangi baru dan lama antaranya W.A.R.I.S , Ziana Zain, Dato' M. Daud Kilau, Amy Search dan beberapa penyanyi baru.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers