Komen Dari Para Pemenang Ajl28

Komen Dari Para Pemenang Ajl28

Komen Dari Para Pemenang Ajl28

Lagu ciptaan Ly dan Baiduri telah dinobatkan sebagai Juara lagu 28 dalam acara anugerah yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam semalam.

Lagu berjudul Bahagiamu Deritaku yang dipersembahkan oleh Hafiz Suip itu telah berjaya memenangi trofi dan wang tunai bernilai RM35,000.

Bahagiamu Deritaku telah berjaya menewaskan 11 buah lagu lain iaitu Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara). Turut bertanding adalah Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah), dan Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya).

AJL28 yang bersiaran langsung di TV3 itu dikemudikan oleh pengacara Scha Al Yahya dan AG.

Selain juara terdapat 4 anugerah utama lain turut disampaikan pada malam kemuncak AJL28 itu iaitu Naib Juara dan Tempat Ketiga Juara Lagu 28, Persembahan Terbaik serta Vokal Terbaik.

Berikut merupakan keputusan dan komen pemenang setiap anugerah:

Juara Lagu 28, Bahagiamu Deritaku

Komposer: Ly
"Sangat gembira dan sungguh tak sangka lagu ini boleh menang. Sebenarnya melodi lagu ni memang saya cipta khas untuk Hafiz dan nampaknya dia dapat membawakannya dengan sangat baik"

Penulis Lirik: Baiduri
"Alhamdulilah setelah sekian lama saya tak berkarya kini bersyukur lagu saya masih diberi pengiktirafan. Seronok bekerja dengan orang muda seperti Hafiz. Nampaknya lagu yang dekat dengan jiwa manusia ini berjaya mengusik perasaan setiap insan"

Penyanyi: Hafiz Suip
"Alhamdulilah saya bersyukur dengan rezeki ini. Kemenangan ini adalah hasil usaha bersama daripada ramai pihak termasuk pihak AJL28 juga. Meskioun gembiran, saya juga takut dengan jangkaan orang ramai yang lebih tinggi selepas ini. Tapi apa-apa pun saya ambil ianya sebagai cabaran dalam kerjaya saya"

Naib Juara Lagu 28, Hanya Aku

Penulis Lirik: Frozen
Komposer dan penyanyi: Hyper Act
Vokalis Roni:
"Ternyata kesabaran saya selama telah berbelas tahun dalam industri berbaloi walaupun selepas menyertai Hyper Act pada tahun 2009. Lagu ni kami cipta bersama seluruh anggota kumpulan dan kami rasa kami akan teruskan trademark lagu-lagu irama 80 an dan 90 an ini serta sesuaikan dengan permintaan pendengar sekarang. Malah kami yerharu apabila mendapat sorakan kuat ketika persembahan"

Tempat Ketiga, Kalau Aku Kaya

Komposer: Omar K dan Audi Mok
Penulis lirik dan penyanyi: Altimet
"Saya anggap ini kemenangan buat penyanyi-penyanyi hip hop di Malaysia yang lain juga kerana pertama kali muzik hip hop berjaya diiktiraf disini. Saya anggap ini satu titik permulaan yang bagus untuk muzik hip hop di Malaysia dapat pergi lebih jauh lagi"

Penyanyi: Awie Rafael
"Kemenangan ni sangat bermkana buat kami dan ia membuktikan kolaborasi kami berjaya mengjasilkan sesuatu yang berkualiti. Selepas ini kami ada merancang untuk berkolaborasi lagi, namun ianya masih diperingkat awal. Bakal diberitahu kemudian"

Vokal Terbaik, Jaclyn Victor
"Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak pada juri yang boleh menilai kepayahan saya dalam menyampaikan lagu Ikut Rentakku ini. Bukan mudah kerana ianya lagu rancak dan punya nota yang tinggi. Rasa usaha saya selama ini berbaloi sekarang"

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers