Alyah Pilih Pengurus Ziana Zain Sebagai Pengurus

Alyah Pilih Pengurus Ziana Zain Sebagai Pengurus

Alyah Pilih Pengurus Ziana Zain Sebagai Pengurus

Setelah sekian lama tidak diuruskan oleh seorang pengurus profesional lagi berpengalaman luas, penyanyi popular Alyah akhirnya memilih pengurus kepada diva pop terkenal Ziana Zainiaitu Lisa Aryanti Tahir sebagai pengurus barunya.

Mula menguruskan kerjaya Alyah sejak sebulan lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Kerna sayang itu menyimpan harapan menggunung tinggi dengan kemunculan pengurus barunya itu dalam meluaskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

Dihubungi portal murai.com.my sebentar tadi, Alyah berkata Lisa Aryanti merupakan individu paling tepat untuk menguruskan kerjayanya bersandarkan pengalamannya yang luas serta kredibilitinya sebagai pengurus kepada penyanyi terkenal.

“Dia (Lisa Aryanti) merupakan senior dalam industri hiburan tempatan dan dia telah banyak membantu serta menguruskan Ziana Zain.

“Sejak bersama saya, Kak Lisa telah memberikan banyak kerjasama kepada saya dan apa yang saya dapat lihat, kami sangat serasi, kami boleh bergurau dan dia sangat profesional,” katanya bercerita serba sedikit tentang pengurus barunya itu.

Menyedari kehadiran Lisa Aryanti bakal merubah kerjayanya,  Alyah bagaimanapun tidak mahu ada pihak diluar sana tersalah anggap dengan kehadiran Syuib yang telah banyak membantu kerjayanya selama ini.

Kata finalis Anugerah Juara Lagu itu lagi, Shuib yang telah berkhidmat bersamanya sejak beberapa tahun lalu, masih lagi  berada di bawah lembayung kerjayanya,bagaimanapun kini bertindak sebagai agen untuk sebarang  tawaran yang datang.

“Memang sejak dari awal lagi, Shuib merupakan individu yang bertindak selaku agen saya. Tapi kerana saya tidak memiliki pengurus, jadi untuk memudahkan cerita ramai yang menganggap Shuib merupakan pengurus saya,walaupun hakikatnya tidak.

“Bagaimanapun itu tidak bermaksud hubungan saya dan Shuib renggang dengan kemunculan Kak Lisa. Kami tiada masalah langsung dan Shuib masih bertindak sebagai agen dan Kak Lisa sebagai pengurus saya,” katanya menjelaskan keadaan yang agak kabur.

Lisa Aryanti buat pertama kalinya telah membantu Alyah dalam memudahkan perjalanan penyanyi itu ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu hujung minggu lalu menerusi lagu  Kau YangTerindah ciptaan Erma Fatimah.

Kata Alyah, sesuai dengan tahun baru, dia mengharapkan sesuatu pembaharuan dalam perjalanan kerjayanya, apatah lagi dalam usianya yang semakin meningkat.

“Memang banyak perbincangan yang telah saya jalankan dengan Kak Lisa. Kalau boleh saya mahukan sebuah persembahan yang hebat tahun ini dan ambil apa juga peluang yang ada di depan mata kerana bagi saya, masa itu sangat mencemburui kita.

“Saya juga berharap agar Kak Lisa dapat membawa saya ke arah yang berbeza dan tak mahu orang tersalah anggap dengan Shuib kerana hubungan saya dan Shuib sangat baik. Bezanya kerana sekarang ada dua orang yang bekerja dengan saya,” katanya. 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers