Kerana Filem Parodi, Pengarah Sanggup Tunggu Ruminah Sidek

Kerana Filem Parodi, Pengarah Sanggup Tunggu Ruminah Sidek

Kerana Filem Parodi, Pengarah Sanggup Tunggu Ruminah Sidek

Dek kerana kejayaan filem seram Jangan Pandang Belakang arahan Pierre Andre pada tahun 2007, kini karya itu bakal diterbitkan semula dalam bentuk filem parodi.

Filem yang pertama seumpamanya terbitan MIG ini telah diarahkan oleh Ismail Bob Hashim dan menampilkan Zalif Sidek sebagai tunggak utama Jangan Pandang Belakang Boleh? (JPPB).

Ketika ditemui usai majlis tayangan perdana  itu berlangsung, Ismail menjelaskan bahawa projek untuk menerbitkan filem parodi ini adlaah percubaan pertama daripadanya dan pihak MIG untuk melihat respon dan penerimaan masyarakat tentang filem sebegini.

“Untuk saya serta pihak Metrowealth Pictures, ini merupakan filem parodi pertama yang dihasilkan dan 90 peratus adegan yang ada didalam filem tersebut dikekalkan.

“Parodi adalah pengertian untuk perkara yang sengaja dilebih-lebihkan dan karektor filem asal Jangan Pandang Belakang masih dikekalkan cuma telah dihidupkan  dengan elemen humor  beserta 10 adegan baru yang ditambah.

“Bagi mereka yang pernah menonton filem yang terdahulu pasti dapat mengenalpasti adegan-adegan yang sama dihasilkan semula dan diberikan sentuhan elemen komedi.

“Saya memilih Zalif Sidek kerana percaya dia mampu membawa watak Dharma bagi parodi ini manakala mengekalkan Ruminah Sidek, satu-satunya pelakon asal filem ini,”cerita pengarah Ismail Bob Hashim mengenai filem arahannya itu.

Pelakon veteran Ruminah Sidek atau Mak Mah telah dikekalkan membintangi watak yang sama ketika berlakon untuk filem asal JPBB sebagai opah kepada Dharma. Ismail Bob Hashim sanggup menanti kelapangan jadual Mak Mah kerana inginkan dia membintangi filem parodi pertamanya itu.

“Saya tidak ada istilah yang tepat untuk disebutkan tetapi berkerja dengan Mak Mah adalah antara perkara yang saya nantikan sepanjang karier saya bergelar seorang pengarah.

“Bagi saya Mak Mah adalah antara pelakon daripada zaman P. Ramlee yang masih mampu memberikan kita pelbagai ilmu untuk menjadi anak seni yang berjaya. Mana nak cari pelakon yang boleh datang lokasi naik bas sendiri diusia sedemikian.

“Tenaga dan aura Mak Mah bukanlah seperti usianya yang mencecah 70 tahun lebih itu. Manakala pengalaman berlakon dan selok belok industri perfileman dan hiburan yang banyak itu jika siapa yang pernah bekerja dengannya pasti tahu apa yang dilalui Mak Mah.

“Setiap kali jika saya ada watak yang sesuai dengan dia saya cuba untuk mendapatkan dia didalam senarai pelakon kerana bukan sahaja dia berpengalaman tetapi kehadirannya akan memberikan persekitaran yang lebih seronok.

“Kalau pelakon baru yang ingin berjaya, Mak Mah adalah contoh pelakon zaman filem hitam putih yang masih mampu berkongsi dan bercerita sebagai inspirasi buat mereka,”ucap Ismail Bob yang mengagumi seniwati Ruminah Sidek yang ditampilkan dalam filem terbarunya itu.

Filem ini bakal menemui peminat di pawagam seluruh negara bermula 31 Januari dibintangi Zalif Sidek, Shima Anuar, Ruminah Sidek, Rashidah Jaafar, Epy Kodiang dan Adibah Yunus.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers