Qi Razali Belum Boleh Terima Hubungan Nelydia Dan Sharnaaz

Qi Razali Belum Boleh Terima Hubungan Nelydia Dan Sharnaaz

Qi Razali Belum Boleh Terima Hubungan Nelydia Dan Sharnaaz

Pengacara, Qi Razali mendedahkan bahawa dirinya kini belum boleh menerima hubungan yang terjalin di antara kekasihnya, Nelydia Senrose dan pelakon, Sharnaaz Ahmad yang terjalin dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang ditayangkan di Astro Mustika HD.

Qi berkata sebagai seorang kekasih, sudah tentu wujudnya perasaan cemburu walaupun cuba memahami kekasihnya hanya lakukan aksi intim itu demi lakonan.

"Sebenarnya saya terkejut. Tambah-tambah bila adakawan-kawan yang hantar gambar tersebut kepada saya. Pada masa tu saya pula sedang mengalami sakit belakang. Saya terus tertekan dan teruslah saya tulis di Twitter dalam keadaan penuh emosi dan luar kawalan mengenai mereka.

"Memang saya faham tujuan dia (Sharnaaz) untuk mempromosikan drama tu. Gambar-gambar tu tak salah dan saya tahu itu antara babak lakonan mereka, tapi caption yang ditulis untuk gambar mereka berdua saya rasa tak patut,” katanya yang ditemui di sidang media Selebriti Materniti, Yasmin Hani, bertempat di TGV One Utama, semalam.

Pengacara Art Attack Malaysia itu berkata demikian ketika diminta mengulas ekoran insiden tindakannya yang meluahkan perasaan berbaur bengang terhadap Sharnaaz menerusi laman sosial Twitter miliknya, sebelum ini.

Bagaimanapun Qi memberitahu, dia ada menghubungi Sharnaaz dan meminta maaf kepada aktor itu atas tindakannya yang mungkin terlalu mengikutkan perasaan.

Pun begitu, Qi memberitahu dia kini sedang mencuba memahami situasi itu dan bakal menyokong kerjaya Nely sebagai seorang pelakon.

“Apapun, sekarang kini saya masih sedang cuba terima dan cuba untuk memahami situasi itu. Malah saya cuba untuk menyokong kerjayanya walaupun sebagai kekasih saya tak suka ada sesiapa yang mendekatai dan intim dengan Nely,” luahnya.

Dalam perkembangan lain, Qi sibuk dengan penggambaran sebagai host untuk dua program travelogue iaitu Destinasi Bajet Asia, ArtAttack dan sebuah program masakan. Selain dia baru saja selesai menjalani penggambaran telemovie Piring Hitam dan Tahun Baru Luna.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers