Farish Aziz Teruja Dikurniakan Bayi Lelaki

Farish Aziz Teruja Dikurniakan Bayi Lelaki

Farish Aziz Teruja Dikurniakan Bayi Lelaki

Farish Aziz, akui teruja pada masa yang sama gementar apabila berhadapan saat-saat isterinya melahirkan anak pertama mereka secara normal, pagi Sabtu lalu.

Menerusi laporan mStar Online, Farish, 30, berkata dia berada disamping isterinya Zahrah Fowzi, 30, selama hampir empat jam bagi memberi sokongan dan semangat kepada isterinya melalui detik-detik cemas tersebut sebelum isterinya selamat melahirkan anak pada pukul 9.23 pagi.

Pengacara ini melahirkan rasa bersyukur kepada Allah kerana semuanya berjalan lancar dan dia dapat melalui pengalaman yang sangat berharga melihat bagaimana isterinya melalui saat melahirkan bayi.

Farish turut akui yang perasaan gementarnya itu menyebabkan dirinya berasa seperti tidak berguna kerana tidak dapat membantu isterinya yang sedang mengalami kesakitan. Namun dia cuba sedaya upaya memberikan semangat untuk isterinya.

Farish menambah, bayi lelaki tersebut dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram di Hospital Pakar Kota Kinabalu , Sabah.

Dalam pada itu, Farish berkata, perasaan gembira dan bersyukur ketika menyambut cahaya mata tersebut tidak dapat digambarkan.

"Saya rasa seperti berada di awang-awangan selepas melihat bayi itu lahir, sukar untuk gambarkan perasaan saya ketika itu.

"Saya hanya berdoa dan bersyukur kerana semuanya selamat," katanya yang masih belum membuat keputusan untukn memberi nama kepada bayi tersebut.

Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjaya, Farish berkata, buat masa ini dia banyak mengambil tawaran-tawaran bekerja di Sabah bagi memudahkan urusan dan masa bersama keluarga.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers