Hafiz Suip Akui Imbau Kisah Cinta Lalu Dalam Bahagiamu Deritaku

Hafiz Suip Akui Imbau Kisah Cinta Lalu Dalam Bahagiamu Deritaku

Hafiz Suip Akui Imbau Kisah Cinta Lalu Dalam Bahagiamu Deritaku

Hafiz Suip akui lagu yang dipersembahkannya dalam Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) iaitu Bahagiamu Deritaku merupakan lagu yang dekat dengan pengalaman cintanya yang lalu.

Justeru, ianya memudahkan Hafiz untuk menghayati lagu ciptaan Ly dan Baiduri itu di AJL28 sekali gus mengangkat lagu itu sebagai juara dalam pertandingan yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi.

"Pengalaman cinta lalu kebetulan telah membuatkan saya terlalu dekat dengan lagu ini.

"Saya sengaja gunakan pengalaman cinta lalu ke dalam lagu ini supaya saya dapat menghayati sepenuhnya lagu ini pada malam pertandingan.

"Biasaya begitu, untuk menghayati sesebuah lagi lebih baik jika kita dapat gunakan pengalaman lalu ketika menyanyikannya," katanya kepada murai.com.my selepas AJL28, malam tadi.

Selain Juara Lagu 28, Hafiz juga telah turut memenangi Anugerah Persembahan Terbaik selepas menerima undian SMS paling banyak pada malam tersebut.

Bercerita mengenai persembahannya malam tadi, menurut Hafiz disebabkan terlalu menghayati lagu tersebut dia telah mengalirkan air mata di akhir persembahan.

"Sebenarnya untuk menghayati lagu ini, saya telah pun mengambil pendekatan bersendirian dan mendiamkan diri sebelum membuat persembahan. Ramai penyanyi yang pelik juga melihat sikap saya.

"Disebabkan terlalu sedih, saya sendiri telah mengalirkan air mata dalam persembahan malam ini" luahnya lagi semalam.

Bahagiamu Deritaku berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara).

Turut bertanding adalah Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah), dan Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya).

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers