Nico - G Tampilkan Semula Inilah Nasibku 2014

Nico - G Tampilkan Semula Inilah Nasibku 2014

Nico - G Tampilkan Semula Inilah Nasibku 2014

Mengapa kamu, mengapa jadi begitu? Inilah nasibku.” Antara petikan lirik hits yang cukup popular pada era kegemilangan lagu berentak rap, Nico mulai dikenali dek kerana lagu Inilah Nasibku pada sekitar tahun 1993.

Kini setelah 20 tahun, kumpulan yang dahulu dianggotai 3 anak muda iaitu Affa, Nico dan Dino masih lagi bertahan dengan ahli yang sama.

Namun begitu langkah penjenamaan ssemula yang diputuskan pengurusan bersetuju membawa mereka kembali kedalam industri dengan nama baru.

Selain daripada menampilkan semula lagu hits mereka yang diberi nafas baru iaitu Inilah Nasibku 2014, Nico – G telah memutuskan untuk menampilkan dua penyanyi tempatan Atilia dan rakan mereka Jeff A to Z menyumbangkan suara mereka bagi album Nico – G yang terbaru itu.

“Untuk single terbaru, kami menampilkan Belia Perwira manakala Jeff A to Z dan Atilia bertindak sebagai penyanyi jemputan. Ini merupakan hasil usaha kami mencari kelainan setelah sekian lama tidak muncul dengan buah tangan terbaru.

Sebab sebelum ini kami agak sibuk dengan kehidupan dan kerjaya masing-masing,”ulas ketiga-tiga ahli Nico G ini yang ditemui Majlis Pelancaran Mini Album Nico G 2014 di Khadijah’s Kitchen, Jalan Genting Klang pada Selasa yang lalu.

Kami kembali bertemu pada tahun 2010 setelah kali terakhir bergabung pada tahun 1999 untuk projek kumpulan GX4. Ada lebih kurang 11 buah lagu yang kami senaraikan dan akhirnya kami memilih lagu ‘Belia Perwira’ sebagai single terbaru,” ujar Nico pula.

“Dalam album mini Nico G ini, terdapat lima buah lagu. Ada satu lagu baru, ‘Belia Perwira’ dan satu lagi lagu ‘Belia Perwira’ dalam versi karaoke.

Tiga buah lagu lagi merupakan lagu lama yang kami beri nafas baru iaitu lagu ‘Inilah Nasibku’, ‘Public Figure’ dan ‘Medley Untukmu Sayang, Rindu, Kaulah Gadisku, Engkau & Aku’.

Kami jual album mini ini secara online. Jika ada peminat yang ingin mendapatkan album ini, cari kami menerusi laman Twitter dan Instagram menerusi kata kunci @nico_group,” ujar Dino pula.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers