Viral TERKINI!!! Speaker Parlimen terima usul undi tak percaya Tun M terhadap Muhyiddin. #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral

Viral TERKINI!!! Speaker Parlimen terima usul undi tak percaya Tun M terhadap Muhyiddin. DEWAN Rakyat menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Viral TERKINI!!! Speaker Parlimen terima usul undi tak percaya Tun M terhadap Muhyiddin. DEWAN Rakyat menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata, usul yang dikemukakan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diterima untuk dibawa ke persidangan pada 18 Mei nanti.

Mohamad Ariff memaklumkan bahawa beliau menerima dua usul daripada Dr Mahathir pada 4 Mei.

Usul pertama adalah di bawah Peraturan Mesyuarat 4 untuk mengekalkan Mohamad Ariff sebagai speaker sehingga ke akhir penggal.

Usul kedua adalah berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27 (3) bahawa Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

"Setelah meneliti penjelasan yang diberikan, saya memutuskan bahawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 4 ditolak kerana tidak memenuhi kriteria dalam Peraturan Mesyuarat.





"Namun, usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat yang akan datang," kata Mohamad Ariff dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam surat bertarikh 4 Mei itu, Dr Mahathir meminta agar usul dan resolusi mengenai perkara itu dibenarkan ketika Parlimen bersidang selama satu hari pada 18 Mei.

Dalam kenyataan yang sama, Mohamad Ariff menolak usul yang dibawa oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal, yang juga Ahli Parlimen Semporna.

Shafie telah mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) bertarikh 1 Mei yang berbunyi bahawa Dr Mahathir mempunyai kepercayaan ahli Dewan Rakyat.

Mohamad Ariff berkata, usul Shafie ditolak kerana tidak selaras dengan Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga menolak usul Datuk Liew Vui Keong yang mengemukakannya di bawah Peraturan Mesyuarat 18. - THE STAR

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers