Viral TERKINI!!! Covid-19: KKM bentang perkembangan, bincang garis panduan aktiviti agama dengan jawatankuasa muzakarah. #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral

Viral TERKINI!!! Covid-19: KKM bentang perkembangan, bincang garis panduan aktiviti agama dengan jawatankuasa muzakarah. UMUM mengetahui bahawa kerajaan bulan lalu melarang sebarang perhimpunan termasuk aktiviti sosial dan keagamaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Viral TERKINI!!! Covid-19: KKM bentang perkembangan, bincang garis panduan aktiviti agama dengan jawatankuasa muzakarah. UMUM mengetahui bahawa kerajaan bulan lalu melarang sebarang perhimpunan termasuk aktiviti sosial dan keagamaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.


Kini lebih sebulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di mana kes positif Covid-19 semakin mencatatkan penurunan, orang ramai ingin mengetahui mengenai garis panduan aktiviti keagamaan apatah lagi ketika ini umat Islam sedang menyambut Ramadan.

Menjawab persoalan mengenai hal berkenaan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat telah membentangkan perkembangan Covid-19 di negara ini dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam serta membincangkan garis panduan bagi pelaksanaan aktiviti keagamaan dalam negara.

Beliau berkata penerangan jelas diberikan dan sebarang keputusan muzakarah itu akan dibentangkan dalam mesyuarat khas Majlis Raja-raja.




"Saya telah membentangkan perkembangan Covid-19 di negara kita dari mula sampai kini dan juga jangkaan dalam tempoh dua sehingga empat minggu.

"Kita (KKM) berharap kepada kebijaksanaan muzakarah tersebut untuk memberikan pandangan. Sebarang keputusan muzakarah tersebut akan dibentangkan pada Majlis Raja-raja," katanya dalam sidang media harian Covid-19 pada Jumaat.

Menjawab soalan mengenai nasihat KKM ketika sesi muzakarah itu, Dr Noor Hisham menjelaskan beliau menjawab kemusykilan serta persoalan perihal maklumat terkini Covid-19 kepada ahli jawatankuasa yang hadir. - BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers