Viral TERKINI!!! Ustaz Ismail Kamus dijemput Ilahi 15 Ramadan. #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral

Viral TERKINI!!! Ustaz Ismail Kamus dijemput Ilahi 15 Ramadan. PENDAKWAH terkenal, Datuk Ismail Kamus dijemput Ilahi ketika umat Islam menjalani ibadah puasa pada hari ke-15 Ramadan.

Viral TERKINI!!! Ustaz Ismail Kamus dijemput Ilahi 15 Ramadan. PENDAKWAH terkenal, Datuk Ismail Kamus dijemput Ilahi ketika umat Islam menjalani ibadah puasa pada hari ke-15 Ramadan.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 72 tahun.

Perkara itu disahkan menerusi halaman Facebook rasmi beliau Ustaz Dato Ismail Kamus.

"Dukacita dimaklumkan tuan guru Ustaz Datuk Ismail Kamus telah meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah," menurut posting tersebut.

Viral TERKINI!!! Ustaz Ismail Kamus dijemput Ilahi 15 Ramadan. PENDAKWAH terkenal, Datuk Ismail Kamus dijemput Ilahi ketika umat Islam menjalani ibadah puasa pada hari ke-15 Ramadan.







Pengumuman mengenai pemergian Ustaz Ismail Kamus menerusi halaman Facebook rasmi beliau.

Menurut Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 12.30 pagi Jumaat di kediaman beliau di Ampang.

"Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, tuan guru Datuk Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

"Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT," menurut posting di halaman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia.

Tambah kenyataan itu lagi, pengurusan dan solat jenazah akan dilakukan di Masjid as-Sobirin, Keramat AU5 di Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi Jumaat.

Terdahulu, veteran PAS itu dimasukkan ke wad di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

Exco Penerangan Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh dilaporkan berkata, ketika itu pemeriksaan mendapati keadaan tidak berkait dengan masalah jantung dan kemudiannya Ismail terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari yang sama.

Jelas Abdul Hadi, pemeriksaan di HKL mendapati terdapat jangkitan pada paru-paru, sementara ujian Covid -19 dilakukan sebanyak dua kali dan keputusannya adalah negatif.

Ismail yang merupakan pengasas dan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia pernah menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers