Viral TERKINI!!! Kedutaan hargai sumbangan PPE Malaysia kepada rakyat Palestin. #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral

Viral TERKINI!!! Kedutaan hargai sumbangan PPE Malaysia kepada rakyat Palestin. Kedutaan Palestin di Malaysia menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk diagihkan kepada rakyat Palestin di tengah-tengah penularan wabak COVID-19.

Kedutaan dalam satu kenyataan hari ini berkata bantuan itu tepat pada masanya ketika dunia sedang berjuang melawan wabak maut itu. 

Rabu  lalu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar mewakili kerajaan Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Amal THZ menyampaikan sumbangan itu kepada Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali untuk diagihkan kepada rakyat Palestin. 

Malaysia menyumbang sejuta penutup hidung dan mulut, 500,000 sarung tangan getah dan 500 pelindung muka.

“Kami akan memastikan sumbangan itu diterima oleh warga Palestin, sama ada di Baitulmaqdis, Tebing Barat mahupun Gaza.

“Kementerian Kesihatan Palestin bertanggungjawab untuk mengagihkan bantuan ini ke semua hospital mengikut keperluan,” jelas kenyataan itu.

Sumbangan itu akan dihantar ke Palestin menggunakan pesawat Air Asia pada Ahad ini (10 Mei) melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman di Jordan.

“Kami juga memberi pandangan kepada kerajaan Malaysia untuk membawa pulang rakyat Palestin yang terkandas di sini menggunakan pesawat sama dan Wisma Putra berjanji akan mengkaji perkara ini,” kata kedutaan.

-- BERNAMA

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers