Viral TERKINI!!! Penerimaan pelancongan Sabah jatuh 21.6 peratus pada Jan-Feb. #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral

Viral TERKINI!!! Penerimaan pelancongan Sabah jatuh 21.6 peratus pada Jan-Feb. Penerimaan pelancongan Sabah bagi tempoh Januari-Februari 2020 jatuh sebanyak 21.6 peratus atau RM320 juta dari tahun ke tahun kepada RM1.16 bilion, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew. 

Viral TERKINI!!! Penerimaan pelancongan Sabah jatuh 21.6 peratus pada Jan-Feb. Penerimaan pelancongan Sabah bagi tempoh Januari-Februari 2020 jatuh sebanyak 21.6 peratus atau RM320 juta dari tahun ke tahun kepada RM1.16 bilion, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew.


Hasil pelancongan negeri bagi tempoh yang sama pada tahun lepas mencecah kira-kira RM1.48 bilion, Liew juga merupakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. 

Katanya, pelancongan adalah antara sektor di negeri ini yang paling terjejas oleh COVID-19 selepas pemain industri termasuk perhotelan, agensi pelancongan serta penyedia makanan dan minuman mengalami gangguan operasi.

“Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 16.4 peratus pelancong (antarabangsa dan domestik) kepada 567,108 orang berbanding 678,128 pelancong dalam jangka masa yang sama setahun sebelum ini.

“Sabah mula melihat penurunan ketara pada Februari, susut sebanyak 35.1 peratus berbanding Februari tahun lepas disebabkan kejatuhan dalam permintaan dan bekalan perjalanan yang menjejaskan terutamanya ketibaan dari rantau Asia,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terdahulu, Liew menyerahkan lebih 2,000 topeng muka kepada kakitangan RTM Sabah termasuk Bernama di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini.




Kementeriannya tidak akan berputus asa tetapi akan terus merangka pelbagai strategi dalam usaha untuk memberi nafas kepada industri pelancongan Sabah, khususnya selepas pandemik wabak ini berakhir. 

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua pemain industri pelancongan Sabah untuk tidak berputus asa. Kita perlu bergerak ke hadapan kerana Sabah mempunyai produk pelancongan yang terbaik.

"Buat masa sekarang, kita hanya akan menaik taraf produk dan aset pelancongan negeri. Mudah-mudahan, kita akan bersedia apabila pelancong mula datang,” kata beliau, sambil menambah kementeriannya yakin negeri tersebut akan mula menerima pelawat pada akhir tahun nanti.

Beliau juga memaklumkan bahawa kementeriannya akan memanggil semua pihak berkepentingan dalam pelancongan seperti persatuan-persatuan hotel, agensi pelancongan dan persatuan pemandu pelancong bagi membincangkan dasar terbaik untuk mereka maju ke hadapan dalam usaha membawa kembali kecemerlangan pelancongan Sabah.

Kementerian juga akan membentangkan Pelan Pemulihan Pelancongan Sabah kepada kerajaan negeri tidak lama lagi untuk mengumumkan perancangan strategiknya bagi sektor tersebut.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers