Viral TERKINI!!! COVID-19: 768 kes baharu di Singapura, jumlah keseluruhan lebih 21,000. #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral
Viral TERKINI!!! COVID-19: 768 kes baharu di Singapura, jumlah keseluruhan lebih 21,000. Singapura mengesahkan secara awal pertambahan 768 kes jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 21,707 kes.
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata 10 kes melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap manakala kebanyakan kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja.
Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu berkata ia sedang mengumpulkan maklumat mengenai kes-kes berkenaan yang akan dimaklumkan kemudian.
Singapura sedang dalam proses mengurangkan langkah ketat pemutus rantaian secara berperingkat bermula minggu ini. Pada masa sama, republik itu sedang membuat persediaan memulakan secara berperingkat aktiviti sosial dan komuniti selepas pemutus rantaian berakhir pada 1 Jun ini.
Dalam perincian yang dikeluarkan pada Khamis, Singapura setakat ini mengklasifikasikan 1,261 kes sebagai kes komuniti, kes import (579) dan kes melibatkan pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama (616).
Pekerja asing yang tinggal di asrama mendominasi kes yang direkodkan pada Khamis iaitu 18,483 atau 88.3 peratus daripada keseluruhan 20,939 kes.
Republik itu juga telah mengenal pasti enam kluster baharu pada Khamis dengan kluster terbesar iaitu S11 Dormitory @ Punggol merekodkan 2,529 kes.
Setakat ini, 1,712 pesakit telah discaj dari hospital atau fasiliti komuniti manakala 1,376 kes masih dirawat di hospital dengan 19 kes berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi.
Kementerian itu berkata 17,831 kes melibatkan gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi masih positif COVID-19, diasingkan dan berada di fasiliti komuniti.
Seramai 20 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi berikutan COVID-19 di sini, setakat ini.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.