Viral TERKINI!!! COVID-19: Thailand catat 8 kes baru termasuk 5 di pusat tahanan. #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral

Viral TERKINI!!! COVID-19: Thailand catat 8 kes baru termasuk 5 di pusat tahanan. Thailand melaporkan lapan lagi kes jangkitan COVID-19, termasuk lima pendatang asing yang telah di tahan di pusat tahanan imigresen, menjadikan jumlah keseluruhan 3,000 kes dan 55 kematian sejak penularannya pada Januari.

Viral TERKINI!!! COVID-19: Thailand catat 8 kes baru termasuk 5 di pusat tahanan. Thailand melaporkan lapan lagi kes jangkitan COVID-19, termasuk lima pendatang asing yang telah di tahan di pusat tahanan imigresen, menjadikan jumlah keseluruhan 3,000 kes dan 55 kematian sejak penularannya pada Januari.


Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata, lima pentadang asing antara 19 dan 30 tahun itu ditahan di Pusat Penahanan Imigresen Sadao di selatan Wilayah Songkla. Sehingga kini seramai 65 tahanan termasuk dua rakyat Malaysia berada di pusat tersebut telah dijangkiti COVID-19 sejak dua minggu lepas.

Beliau berkata, daripada lapan kes baru, tiga berusia antara 45 dan 51, merupakan daripada selatan Wilayah Yala dengan ketiga-tiga mereka merupakan kontak rapat dengan satu lagi kes yang pulang dari Malaysia.

“Sembilan daripada 77 wilayah di Thailand, kekal bebas daripda COVID-19 manakala 43 wilayah menyaksikan tiada kes baru sejak 28 hari lepas. Bangkok telah mencatatkan kes tertinggi COVID-19 dengan 1,699 diikuti 716 di Selatan, Tengah (380), Timur Laut (111) dan Utara (94).

“Kumpulan usia antara 20 dan 29 tahun merupakan paling ramai dijangkiti dengan sejumlah 766 orang telah dijangkiti,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

Thaweesilp berkata, lima syarikat penerbangan telah beroperasi di 18 lapangan terbang di seluruh negara dari jam 7 pagi ke 7 petang bagi mengelakkan penumpang bergerak sewaktu waktu perintah berkurung (10 malam hingga 4 pagi).

“Pada masa ini, masih terdapat sekatan pada penerbangan antarabangsa,” katanya.

Bulan lepas, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) melanjutkan perintah larangan terhadap ketibaan penumpang antarabangsa ke negara itu ke 31 Mei.




Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Chaiwat Thong-Kamkoon berkata, sewaktu pandemik COVID-19 di negara itu, operasi bas antara wilayah telah dikurangkan kepada 203 laluan di 20 wilayah.

Untuk perkhidmatan kereta api, beliau berkata Kereta Api Negara Thailand telah mengurangkan jumlah perkhidmatan daripada 500 ke 43 perkhidmatan sehari dengan jarak tidak melebihi 300 kilometer.

Berkaitan stesen Mass Transit System (BTS) Bangkok dan Mass Rapid Transit (MRT) yang penuh sesak di Bangkok, Chaiwat berkata, perkata itu disebabkan pihak operator menghadkan jumlah penumpang dalam kereta api, bagi memastikan jarakan sosial dan mengurangkan kemungkinan penularan COVID-19.

Sementara itu, Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha berkata, lebih banyak perniagaan dan tempat akan dibuka semula pada fasa kedua pelonggaran larangan pada 17 Mei.

“Jika fasa pertama kelonggaran bermula 3 Mei berjalan seperti dirancangkan, fasa kedua akan bermula pada 17 Mei… permulaan semula aktiviti akan bermula secara berperingkat dan beransur-ansur,” katanya.

-- BERNAMA 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers